Dec 11, 2011

Ada Nampak Tak Gerhana Bulan




Assalamualaikum semua,

Sudah lama blog ini tidak di update,akhirnya ada juga perkataan yang ingin dituliskan. Minta maaf banyak-banyak kerana biarkan blog ini tidak bertuan untuk sekian lama.

Nak tanya ni,semalam korang ada nampak gerhana bulan tak? Aku memang tak nampak sebab tak perasan bila kejadian itu berlaku. Kalai korang ada tengok dan nampak gerhana itu,kasi la aku tengok. Nak tengok juga. Tak kira. Tak kira.

Sedih betul tak dapat tengok. Aku dapat tengok gerhana yang sebelum ni je. Itu pun dalam gambar. Nasib baik ada gambar,takde la ketinggalan sangat.


Nak tahu tak macam mana kejadian gerhana bulan ini boleh berlaku. Aku baru je baca kat wikipedia tadi. Abang wikipedia cakap gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama,dan apabila matahari,bumi dan bulan terjajar pada satu garisan yang sama,atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.



Lebih kurang macam itulah fakta tentang gerhana bulan ini. Time sekolah dulu ada belajar rasanya tentang gerhana ini,tapi dah lupa. Dah berapa tahun tinggal pelajaran sains ini. Kena terokai semula la nampaknya. At least,kita tahu juga tentang kejadian gerhana bulan macam mana boleh terjadi. Bateri laptop dah habis,sampai di sini sahaja ye kawan-kawan. Aku pergi dulu. Larikkkkkkkk !!!





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Nov 13, 2011

Cuti dah HABIS !!



Waaaaaaaa..
Berat je rasa hati ni nak tinggalkan rumah. Cuti seminggu mana lah cukup. Kasi la lama-lama sket,baru betul. Ni tidak,pejam celik pejam celik dah habis seminggu dah. Cepat betul masa berlalu sekarang. Tahun 2011 pun dah nak sampai penghujung tak lama lagi. Umur pun semakin meningkat,tua macam tu je. Haish~

Cuti seminggu ni aku gunakan dengan sebaik mungkin. Apa lagi,buat part time la. Aku tak boleh duduk saje goyang kaki kat rumah ni. Tak tahu la kenapa. Ada je kerja yang nak dibuat. Seminggu pun boleh cari kerja beb. Waa dengan tauke wa macam ni haa.. Baik punyer. Senang sket nak counting,anytime boleh datang nak kerja. Balik cuti mesej je kat dia. Kan senang gitu.

Tapi kerja-kerja jugak,esimen berlambak tuh tak buat-buat lagi. Next week kene buat presentation. Tak prepare pape pun lagi. Tunggu balik U la baru aku buat. Duduk kat Rumah memang tak bole buat punyer. Tanya lah gadis-gadis lain. Tak pasal-pasal tanya kat gadis-gadis. Diorang tak salah pun.


Pagi ni aku dah nak naik bas dah mahu gerak ke Uia. Semua orang takde kat umah. Parent aku kerja,so terpaksa la pergi sendiri je nanti ke stesen bas. Sedih  kan. Tapi tidak mengapa,aku dah biasa dengan semua ini. Aku lelaki kan,nama pun jantan. Takkan nak sedih-sedih. Jiwang sangat namanya tu. Okay,time for packing barang-barang. Waa gerak dulu,Assalamualaikum..





Nota kaki : Kepada kawan-kawan yang dah habis cuti juga tu,selamat kembali ke alam kesibukan ye.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Nov 9, 2011

Wordless Wednesday #9





EeeRrrr...




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Nov 6, 2011

25 Things Random Giveaway by Penmerah.com



Assalamualaikum Belog Oppa Kudin Nz,

Lame tak dengar kabar berita Belog yang dah bersawang teruk ni. Sorry la,lau duk kat hostel line internet down sket. Sebab tu lah jarang update sangat. Tahi cicak dengan sarang spider dah bertimbun-timbun agaknye.

Guys,
Arini aku nak join 1 benda best ni. Kalau sebut nak join mesti lah tentang Contest,Segmen,GA. Cuba korang teka yang mane 1 aku nak join. Tadaaaa.. Aku nak join Giveaway lah. Giveaway ni Penmerah yang punyer.

penmerah

Nak tahu tak apa yang Penmerah sediakan untuk Giveaway dia ni.? Rasa-rasa korang apa ye. Kalau dah tajuk dia 25 things mestilah 25 jenis benda kn. Tapi ni dia hadiah yang paling besar sekali. Ni haaa pemain MP3 Sony wooo. 


MP3 Sony ni untuk top referral punyer. Siapalah yang bertuah sangat tu. Mungkin aku kot. Dah mula berangan dah. Mana lah tau kalau ada rezeki kn. Kita cuba je dulu.

Satu lagi benda yang menarik minat sangat apabila tengok benda ini.

 
Benda yang kat depan sekali tu. Ada nampak camera DSLR tak.? Tu sebenarnya pendrive bentuk Canon dan Nikon. Cute meyh. Nice giler beb.


Orait,dah settle. Aku nak tag 3 orang yang bertuah :



Nota kaki : Harap-harap ade lah something yang bertuah untuk aku. Amin..

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Oct 16, 2011

REAL STEEL Gempak woo !!





Assalamualaikum........

Hello readers sekalian,
Semalam aku ada pergi KLCC. Pusing-pusing tak tahu nak buat apa. Try pergi usha kat tempat wayang,tengok lah list cerita apa yang ada. Punya lah lama cari cerita best. Tup-tup decide nak tengok cerita REAL STEEL. Ingatkan cerita ini biasa-biasa je. Lepas tengok baru tahu kehangatan cerita ini. Sumpah best cerita tu aku nak habaq kat hang. Cerita ini story pasal match antara robot. Kalau robot dah berlawan tu,memang gempak la kn. Tak percaya..?? Tengok lah sendiri baru tahu. Nak story nanti tak best la dah tahu cerita dia nanti.



Tengok cover depan pun dah nampak macam best kn.


Tu dia ayah dengan anak dah nak beraksi dah.


Siap training robot tak boleh tahan tu.





Nota kaki : Serius tak rugi kalau korang pergi tengok.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Oct 14, 2011

Terengganu ke Kelantan menang malam ni..??









PANTAI Timur pasti bergelora malam ini. Dua gergasi, Kelantan dan Terengganu bertembung bagi mencari slot ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2011. Tanpa ada perasaan gentar, kesebelasan utama Terengganu kini sudah bersedia untuk memecahkan tembok kebal Kota Bharu dalam misi melenyapkan impian Kelantan untuk bergelar juara Piala Malaysia musim ini.
Atas kertas, anak-anak buah Irfan Bakti memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Namun, beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV bukan satu tugas mudah, apatah lagi perlu berdepan gelombang penyokong The Red Warriors.
Justeru, Irfan hanya mengharapkan doa daripada ribuan penyokong Terengganu sambil berpegang teguh kepada prinsip berjuang habis-habisan.
“Kami sangat menghormati Kelantan tetapi itu tidak bermakna kami takut. Malah, saya sendiri tidak gentar untuk berdepan mereka.
“Saya sangat percaya kepada kemampuan pemain-pemain Terengganu dan kami hanya perlu mengekalkan fokus sambil meningkat semangat apabila beraksi di Kota Bharu,” kata Irfan kepada Kosmo!.
Baik Terengganu mahupun Kelantan, Irfan mengakui kedua-dua pasukan sebenarnya berdepan dilema yang sama apabila kehilangan beberapa tonggak utama.
Namun katanya, Kelantan masih memiliki kelebihan apabila beraksi selaku tuan rumah pada ketika anak-anak buahnya perlu mempertahankan dua gol yang diperoleh di Kuala Terengganu.
“Kelebihan Kelantan mungkin kepada penyokongnya tetapi itu tidak bermakna kami akan akur dengan sorakan mereka.
“Pemain saya cukup kental dan memiliki semangat juang yang tinggi seperti mana yang mereka buktikan pada final Piala FA Jun lalu.
“Jadi, kami perlu fokus kepada permainan tanpa memikirkan langsung mengenai sorakan penyokong lawan,” jelasnya.
Mengenai percaturan malam ini, Irfan menjelaskan taktik menyerang akan dipraktikkan anak-anak buahnya dalam misi memberi tekanan kepada pasukan lawan.
“Saya mempunyai ramai pemain berbakat seperti Joseph Kalang Tie, Ashaari Shamsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Marzuki Yusof.
“Jadi, saya tidak perlu risau mengenai perlawanan malam ini kerana hanya pasukan terbaik yang akan mara ke separuh akhir,” katanya lagi.



Harap-harap Terengganu menang malam ni. Dok sabor aku nak tengok. Aku sokong Ganu sebab aku orang Ganu.   
Siapa orang Ganu or Kelantan,mari la tengok bola malam ni sekali dengan aku. Boleh main mercum malam nanti. haha.. Panas tuh. ^^




Nota kaki : Sedutan dari Kosmo hari ini.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Oct 7, 2011

Best je tengok orang sambut Birthday. Aku?? =(




1



2



3




Happy Birthday to akak Wada'ah & akak Milin yang ke-20. Semua dah tua-tua. haha


Hope korang enjoy birthday party tak seberapa yang kami buat ini.


Eemmm.. yummy-yummy.. sedapnya tengok diorang makan. so sweet(ayat girl)..


Simpan belon tu kak Milin. penat saya tiup semalam. bukan senang nak tiup tu.
Dah berapa biji dah tiup-tiup pecah. pedih je rasa muka ni. tapi takpe,untuk akak-akak saya. =)


Semua seronok pergi sambut birthday semalam. Cantiklah tempat korang pilih ni.


Ooouuuccchhh.. Janganlah tengok saya macam ni. Malu la.. ^^


Amboi,sweetnye.. Tau lah perut dah kenyang,hati girang.. haha



Haaaa,kalau nak tahu restoran yang kami makan semalam.. kat atas tu lah nama restorannya. restoran dia macam-macam jenis ada. Cyber Cafe pon ada. kalau nak ber-facebooking,ber-blogging,ber-twittering bole la. ade wifi rasanya. kat dalam dia nampak macam besar juga. Time nak masuk restoran ni,ingatkan rumah dari luar.. tapi bila dah masuk,kat dalam tu ada restoran rupanya.. Teruja sekejap.. kalau nak makan guna kerusi meja tu dah biasa kan.. kat sini ada juga sediakan tempat makan macam style ala-ala Korea Jepun gitu.. makan sambil duduk.. lagi style kan. Kalau restoran jenis duduk atas kerusi tu dah selalu dah.. Taknak. Nak style lain pulak. heeee ^^




Nota kaki : Bila lah pulak nak sambut Birthday aku ni. Haisshhh~

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Sep 25, 2011

Aku adik ke kakak?

Assalamualaikum blogger-blogger tegar sekalian..
Sihatkah anda? Adakah anda mengambil herba life? Weight gain kah?
Jangan cuba sama sekali mengambil benda-benda itu.. Buang duit je..
Baik mengamalkan kehidupan yang sihat sahaja untuk setiap hari.

Adus,nak bertanya khabar je dah panjang lebar jadinya.. Haiyoo,dah lama aku x update blog ni.. two weeks juga rasanya.. dah masuk blaja,jadi malas plak nak taip-taip keyboard ni.. padahal hari-hari je buka lappy main game.. yang tu ada masa plak kan.. semua orang main game aku rase.. nak-nak budak laki-laki ni,game DOTA dengan PES memang favourite diorang lah.. gegirl,korang tau tak apa itu game DOTA dengan PES tu? haaaaaa.. nak tau cubalah main skali,pasti nak lagi.

Biasanya weekend korang buat apa?
selain duk dalam bilik pasti keluar merayau-rayau kan.. juz jalan-jalan pun takpe lah walaupun tah shoping..
asalkan dapat jugak keluar dari bilik yang agak sesak tu.. padahal,keluar kat area-area KL pun sesak jugak.. tapi sronok la jugak dapat fun-fun dengan kawan-kawan kat luar..

Tak tau nak pergi mana sangat,last-last pergi TS jugak dengan SITI NORAIEN dan kawan-kawan yg lain.. Pergi sana tak tengok wayang ape pun.. juz berjalan-jalan  je.. usha-usha barang,tp tak beli pape.haha.. asalkan dapat jugak keluar dari pintu pagar besar UIA tu.. nikmat betul rasa..

Kelmarin jadi tak jadi je nak keluar.. lepas aku dah siap-siap,kol teros SITI NORAIEN.. tup2,dia kata belom mandi lagi.. mak haih,tunggu sejam jugak aku kat KL SENTRAL.. sambil-sambil tu usha dulu la amoi-amoi yang lalu depan mata.. haha



Tiba-tiba..
Eh,jumpa akak RIBEN PUTIH lak kat TS..
borak-borak lah kejap dah lama tak jumpa kan.. terus snap gambar buat kenangan lagi.. 




Kat belakang tu ada apa entah.. macam konsert.. bising telinga dibuatnya.. RTM pun ada skali nampak.. mungkin masuk tv kot.. kitorang buat donno je.. malas sangat nak layan benda-benda camtu..




Nota kaki : Best kawan dengan blogger-blogger. Spoting habis.



Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Sep 12, 2011

Nak pergi kelas ke taknak arini.. Tak ready lagi.





Aduh,tension betol arini.. Bangun pagi je dah ingat yang aku ade kelas arini.. OMG !! mana tak tekanan perasaan kan.. Yela,time cuti best je dapat tidur lama-lama agi.. lepas subuh,sambung je tidur balik.. macam biasa,tengahari baru lah reti nak bangon.. standard bujang + teruna la kan.. membebel mak lau bangun lewat-lewat kalau duk kat umah.. heeeeeeeeeeeee..

Kelmarin naik bas je nak balik UIA sebab takde orang nak hantarkan.. parent aku dua-dua kerja.. kat terengganu kn ari ahad kerja.. jangan buat tak ingat camtu.. aku mintak tolong member aku untuk hantar aku ke stesen bas.. takde sape dapat hantarkan,mintak tolong member-member jela..

Sampai kat stesen bas lebih kurang 10 minit agi nak kol 11a.m.. tiket aku kol 11.. tunggu-tunggu ade banyak jugak bas sampai.. tapi bila pengumuman dibuat,bas tuh untuk tiket kol 10.45a.m punyer.. bukan bas aku tuh.. menyirap betul.. malas la nak tunggu lama-lama lagi.. aku punyalah tunggu-tunggu.. dah kol 11.30 lebih ni,mana bas tak sampai-sampai pun.. pergilah tanye kat kaunter,bas kol 11 takde datang lagi ke? dia cakap belom lagi.. tunggu lagi lah nampaknya.. lepak-lepak dulu dalam kol 12 camtu bas baru datang.. mak aii.. lambat lagi takpe nak datang kan.. buat orang naik hangin je tunggu lama-lama.. nak sampai kol brape kalau gerak dah kol 12 lebih ni.. dengan muke bengang ni,aku pun pergilah naik bas dengan perasaan rela hati tu..

Betol-betol marah ni,muka siyes..

Perjalanan 5,6 jam jugak dari Dungun,Terengganu ke stesen Putra,KL.. dalam kol 6 lebih sket-sket kot aku sampai kat Putra.. sampai ape lagi,call member la suh datang ambik.. hehe.. ala,member aku yang aku selalu tumpangkan motor aku kat umah dia.. ok je mintak tolong dengan dia.. agipun,aku nak ambik motor jugak nak buat balik ke UIA..

Aku ingat nak balik semalam je ke hostel.. ambik motor teros gerak balik.. tapi biler tanya member aku yang datang ambik tuh,"ko nak balik bila syafiq?".. dia cakap besok pagi.. aku pun orait jela.. teros cakap nak follow dia balik besok pagi.. malas jugak nak pergi awal-awal ni.. mood bercuti masih ade.. haha.. parent dia ok je,spoting habis.. dah selalu pun pergi rumah dia,jadi takde hal sangat lah kn.. papepun,Selamat kembali semestar baru.. Gombak,here i come.. !! ^^





Nota kaki : but I still miz my mom & Dad.. miz my HOME sweet home..
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Sep 8, 2011

Spontaneous Thursday





Hari-hari tidur lewat.. standard aku tidur kol 2a.m-3a.m lah averagenya..dah biasa tidur lambat memang tak bole nk tidur awal lah..


Bangun lak kol 12p.m... memang terbaik la kn.. bangun-bangun kepala pening agi.. rasa nak tidur pon ade agi.. hahaha .. next week tak bole dah nak buat camni sebab dah start klas.. gunakan saki baki yang ada dengan sebaiknya untuk buat camni lagi.. hehehe






Nota kaki : Ooopppsss.. panjang ler pulak..
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Sep 7, 2011

Wordless Wednesday #8








Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Sep 6, 2011

Tak tahu nak buat AISKRIM GORENG..? Senang jela wei..



Assalamualaikum w.b.t..
Nak tau buat aiskrim goreng macam mane?
Aku ni pon baru blaja dari kawan aku sorang ni haa..
Tengok lah apa yang dia dah buat.. 
**jadikan.......

Aku tak pernah tau aiskrim goreng tu boleh dibuat sendiri guna roti je..
Bagi yang juga tak tau, anda memang tidak salah membaca,,

Memang boleh guna ROTI BIASA tu je macam Hi5 ke Gardenia tu je!!**nada eksaited \^_^/

Bahan2 yang diperlukan adalah :
a. Roti 
**seketul aiskrim goreng menggunakan 2 keping roti so pandai2 la bajet nak banyak mana

b. Aiskrim (sukahatimunakperisahaperrr)
**nasihat aku,pastikan guna aiskrim yang dah keras sempurna, kalau cair nanti menyusahkan

c. Cawan atau acuan yang sesuai..(guna yang acuan karipap tu pun boleh)

d. Plastik (aku guna plastik untuk tapau sandwic)

e. Pinggan, chopboard, minyak, kuali, senduk dan dapur gas
**eh yang ni ikut logik memang perlu kan? -__-

Cara2 nya adalah :
1. Penyekkan roti bagi mampat..Jangan sampai nipis sangat pulak ye
Aku guna roller yang orang slalu buat kuih tu..Tak ingat pe namanye..hee~



2. Scoop aiskrim, dan letak kat bahagian tengah roti..
Do not put too much ice cream ..1 scoop ice-cream is enough ! **ecehhh..speaking kauuuu!



Lihatlah, aku yang tak sabar terus scoop aiskrim yang melting..Aiskrim ni masa tu baru je beli..
Kan nampak macam nak jadi shake je kat tepi2 tu!**



Eh aku kata letak bahagian tengah roti kan aiskrim tu?
Tapi aku sendiri main tepek jeh..kehkehkeh

3. Letak lagi satu keping roti yang telah dipenyekkan atas roti yang dah diletakkan aiskrim tadi

##takde gambo..hee~

4. Tekap roti tadi menggunakan cawan plastik..
Guna cawan yang agak2 senang bagi cawan tu potong roti..
Memang boleh guna acuan karipap tapi aku rasa the best way is guna cawan plastik jeh sebab senang..wee~


Begini caranya ye kawan2 =)
Cara aku ialah tekan cawan tu dan pusing2 sampai boleh pisahkan dia dari lebih2 roti kat tepi tu..
Lepas tu keluarkan la dari cawan..

5. Bila dah keluarkan roti yang dah jadik bentuk bulat tu, picit2 sikit bahagian tepi2 dia..
Ala2 mengunci aiskrim dari keluar la gitu..
Ini adalah penting supaya masa goreng nanti aiskrim kamu tak keluar dari tepi2..
Kalau tepi2 berlubang nanti minyak boleh masuk dalam roti dan takde guna goreng aiskrim ni..huhu..
ada paham??


Lebih kurang camni la rupa nye..Tapi masa ni aku tak tau so tepi2 tu aku tak picit elok..
Masa goreng ada sedikit kebocoran..hahah

6. Yang dah siap tu masuk dalam plastik dan kurung dia dalam freezer for 6 hours and above kalau tak silap..Jangan terus goreng tau ! 
The best is biarkan semalaman sebab kita nak bagi dia keras, nanti goreng takdelah aiskrim tu melt away..

**betul ke ayat melt away tu?men taram jeh..hehh~
Then bila kita biarkan semalaman dalam freezer, tekstur roti lebih kukuh..
**ecehhh..kukuh tu beb ! ingat bangunankah? 

7. Bila dah cukup keras roti tu(especially lepas simpan semalaman)bolehlah digoreng menggunakan minyak yang cukup panas..
Masa menggoreng adalah dalam 1-2 minit sahaja..
INGAT!!!
Jangan derhaka dan jangan nak over,,kalau tak engkau makanlah roti bakar..muakakakak~
Masa goreng tu jangan lepa, jangan malas..
Terbalik2 kan objek supaya warna dia cantik, takdelah nanti belah atas gelap, belah bawah cerah macam ying dan yang tahu..??sekejap je pun goreng benda alah ni kan..

Nak tengok tak hasil dia??














Maaf maaf maaf ~
Aku lupa nak snap pic aiskrim goreng yang dah siap..!!!
Laaaaaaaaaarriiiiiiikkkkkkkkkkkkk!!!!!

Tengok je pic aiskrim goreng hasil air tangan orang lain kat SINI..
PEACE Y'ALL! weeee~


Nota kaki : Entry ni kredit to Finaz Jaafar. Sebab nampak mcm best tu yg nak share tuh..Agipun dah bgtao kat die.. ^^

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 26, 2011

Photo Editing Contest By Eien Razak & Dayah Jelita.




Hye peeps..
Arini wa mau join contest yg dianjurkan oleh dayahjelita and eienrazak.
Senang je contest ni just mengedit gambar je..
Nak tahu syarat-syarat dia tengok kat SINI.

Ni haa picture yang waa pertaruhkan nak bagitahu kat luu.. cayalah..


Amik pic time main bowling pon bole lah.. time ni main kat wangsa walk..
wa kasi potong sket itu punyer badan..


+


pastu member aku cari background ni.. mcm smart je.. try jelah.. hoho



=


tadaaaa.. ni haa hasilnya.. wa edit2 sket kaler die tuh.. agak-agak nampak real x?
wa gune photoshop je.. baru blaja time ni.. hehehehe ^^



Mangsa tag untuk sertai contest ini :




Nota kaki : Eien Razak,kasi lah oppa menang ek.. hehehe^^

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 24, 2011

Wordless Wednesday #7










Teroknye Monster nih..
hahahaha.. ^^





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 22, 2011

Mari SINI tgk Header Baru kita

Akhirnya my BLOG yang bucuk-bucuk ni bertukar juga kepala diatasnya.. Setelah sekian lama tak tukar,baru je  aku tukar semalam.. Header ni pun aku dapat dari seorang kawan Blogger yang tolong buat untuk aku.. Kalau aku nak buat sendiri memang harapan lah.. Tak terbuat punyer.. Macam lah aku ni rajin sangat kan.. Siang hari pergi bekerja,malam baru dapat sentuh lappy.. Itu pun tak boleh lama-lama sebab online sekejap mata dah pejam celik.. So,badan ini akan terDOWN dengan sendirinya.. Agipun,aku biasa online atas katil je.. Lagi senang lah nak tidur tu..

Cuba tengok header aku sebelum ni,aku just letak gambar je sebab nk buat header transparent ni tak brape reti sangat.. dengan jujur aku mengaku.. malu jugak rasanya..




Sebab dah boring sangat aku asyik tengok header ni,aku pun try lah mintak pertolongan ihsan dari Cik Na. Header yang pertama dia buatkan untuk aku yang ni..




Pastu aku banyak songeh plak kan nak pergi komen-komen apa yang Cik Na dah buat ni.. haha.. Dia cakap xpe nak komen pasal header atas ni,aku pun komen lah sket-sket.. Suh tukar tukar tulisan tu jadi bulat-bulat je sket.. huhu.. dah2,banyak pulak aku mengomen.. kang kene cepuk dari Cik Na baru tau.. =P .. Ni dia lepas Cik Na dah adjust serba sedikit..




Perghhhh.. mengancam betol lah Cik Na buatkan.. macam tau-tau je cmne aku nak.. kaler yang dia pilih untuk tulisan ni pun sesuai je dengan kaler tema BLOG ak nih.. Mekasih banyak-banyak Cik Na kerana menolong.. Suka sangat-sangat.. Kalau suka,like banyak-banyak xpe.. Ok je.. hehehe





Nota Kaki : Dalam berblogging ni,best sangat sebab kawan-kawan sudi tolong dan ajar apa yang kita tidak tahu.. Hari ke hari dapat explore benda yang baru.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 19, 2011

Tazkirah Jumaat : Pesanan Imam Al-Ghazali






Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya... 

1 - Pertama"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 17, 2011

Wordless Wednesday #6







Yummy-yummy !!!





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 13, 2011

Aduhai selsema





Ini lah akibatnya dah lama tak update blog.. Berhabuk jadinya.. kan dah dapat selsema tu gara-gara habuk masuk dalam lubang hidung aku ni.. Masa nak update tadi lupa nak tutup mulut,habis merebak influenza selsema ni sampai ke kepala pun boleh berdenyut-denyut.. mane nak tahan macam ni.. Adoooooiiiiiii.......

Sebab apa ah aku dapat selsema arini? tertanya-tanya aku.. Kalau tidur lambat,ada kemungkinan ke nak dapat selsema?.. selama ni aku tidur lambat okey je pun.. takde plak selsema datang melanda.. ke aku tidur bawah aircond semalam?.. mungkin jugak kot.. body aku bukan boleh tahan sangat  kalau kena sejuk-sejuk ni.. sekejap je dah problem.. tu lah,sape suh taknak makan banyak-banyak,kan dah tinggal tulang.. cepat sejuk la kalau takde lemak di badan.. haiyoooooo.........

Tension giler rasa arini.. air kat idung ni asyik meleleh je dari pagi tadi.. taknak berhenti lak tuh.. aku sumbat tisu baru la nak berhenti sekejap.. kalau kena angin sket,memang bersin yang tak terhingga.. bergegar-gegar rasa kepala hotak aku ni.. pening-pening.. idung dah ade gaya macam badut.. merah pink-pink gitu.. hahaha.. bole plak jadi pinknya.. tolong lah berhenti wahai air di dalam idung ini..........

Azan maghrib cepatlah datang.. aku nak berbuka puasa ni.. nak makan ubat plak.. pastu teros tidur sampai sahur.. hahaha.. tapi ubat selsema memang mengantok pon.. sebelum ni lau makan,konpem mengantok pastu.. tinggi jugak dos dia agaknya.. tak kisah la tu,bedal je.. janji idung tak sok sek-sok sek dah.. yeppieeeeeeeee..........




P/S : Betapa pentingnya menjaga kesihatan diri kita.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jul 30, 2011

Nak tukar ke chatbox lame? cube ini

Chatbox baru ni x best lansung kn?
Semua orang geram.. Apelah Mark Zuckerberg..
Ggggggggggrrrrrrrrrrrrrrr..

how to make gif


Ni ada cara sket nk kongsi bagaimana nak
tukar kepada chatbox lama balik......

Tapi cara ni untuk Google Chrome sahaja :

1.  Mula-mula tekan CHATBOX LAMA ni.
   2.  Then,korang tekan button install tu kat tepi.
        3.  Korang Log Out facebook pastu Log In balik.
                                     CHATBOX yang baru dah bertukar pun jadi yang lama balik.

Haaaaaaaaaa.........................
Baru senang sket kan nk tengok sape yg online ke tak..

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!









P/S : Kalau tak jadi,inform semula lah ye. Mekasih..

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jul 27, 2011

Wordless Wednesday #5






Faham-faham sendiri lah.
Okbai#






Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jul 13, 2011

Wordless Wednesday #4





Aduh,terbeli plak..
Senyap-senyap suda..







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jul 11, 2011

Mari Sokong Riben Putih

Assalamualaikum semua ..........................


Intai lah kat SINI

Cik Riben dah berjaya ke peringkat akhir anjuran Datin Tyka.
Minta kerjasama dari korang untuk mengundi Cik Riben.
Nak undi picit lah kat SINI ye.
Jom lah pakat tolong sesama sahabat blogger kita.
Terima Kasih untuk undian korang.   >_<







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jul 5, 2011

Logo BLOGundi Kumpulan A

Logo BLOGundi Kumpulan A


assalamualaikum wbt...
wahai sahabat sekalian..
logo yang datin tyka minta da siap pun..hope korang leh komen tentang logo ni ok.. ^^

so apa pendapat tentang logo ni ------->




*bila blogger menaip , kisah mula tertulis . kisah yang adakalanya tentang dia , kamu mahupun mereka . adakalanya kisah yang ditulis berdasarkan khabar atas angin , adakalanya berdasarkan kebenaran .

senyuman mula terukir bila blogger menaip . kisah yang tadi nya tertulis , dikongsikan dan dibaca oleh segenap masyararat . setiap yang membaca pasti akan ade senyuman yang terukir di bibir mereka .

bila blogger menaip ikatan antara blogger mula menjadi utuh . perkongsian ilmu , pertukaran pendapat , semua nya berlaku bila blogger menaip


1) kami pilih nama BBM = B(BILA) B (BLOGGER) M (MENAIP)

2) Tuh smiley oren yang senyum tuh maksud nya kami blogger yang happy go lucky! =)

3) smiley tuh pegang handphone BB right? maksud nya kami blogger yang online bukan pakai laptop je..pakai handphone pun ada..blogger kan,on9 tuh satu kemestian.

4) nama-nama yang tertera kat situ adalah ahli kumpulan kami =





5)OPPA KUDIN (ME)

OKEYH HOPE KAMI MENERIMA RESPONS YANG POSITIF DARI KAWAN-KAWAN YEP...

TRIMAS!

JANGAN SEGAN-SEGAN TINGGAL KOMEN BANYAK-BANYAK DEKAT SINI. ^^

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

BLOGundi



Waaaaaaaaaaaaaaa... kite baru tau yang nama kita ada tersenarai dalam BLOGundi.. BLOGundi ni ada dalam segmen DatinTka.. sangat terlambat rasa.. tapi ade masa lagi nak berkempen ni..

Mintak tolong vote uuntuk oppa.
*Klik kat SINI
*Pastu tick je kat nama Oppa Kudin Nz.
*Then tekn undi.
Undian anda sangat dihargai. Mekasih.








P/S : Boleh undi sebelum pukul 8 mlm ni je.Cepat2 !!

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jul 4, 2011

Like Like Like Like Like Like

Hello geng ....... !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (^_^)

Sorry sebab dah brape hari x update blog ni.. member-member blogger pon dah jarang berkunjung sebab blog dah kusut.. Sowie-sowie..

Baru-baru ni aku ada buat status yang palik gempak dalam hidup kat facebook sebab tu ramai je yang like.. haha.. Rasa-rasa statement aku tu biasa je tapi mungkin member-member sokong kot dengan statement tu.. Ataupun diorang sama jugak pendirian dengan aku ni..

Agak-agak korang berapa ramai yang LIKE status aku ni ???


Tu dia.. Ramai jugak yang like.. Tak pernah-pernah agi status FB aku member-member LIKE sebanyak ni.. haha.. mungkin diorang setuju dengan pendapat aku kot.. Thanx kawan-kawan yang memberi sokongan selama ini.. sebab FRIEND dapat membuatkan diri kita gembira dan menasihati kita...... !!!!!!!!!!   (^_^)

how to make a gif









P/S : Friend list aku ratus2 je.
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^