Dec 11, 2011

Ada Nampak Tak Gerhana Bulan




Assalamualaikum semua,

Sudah lama blog ini tidak di update,akhirnya ada juga perkataan yang ingin dituliskan. Minta maaf banyak-banyak kerana biarkan blog ini tidak bertuan untuk sekian lama.

Nak tanya ni,semalam korang ada nampak gerhana bulan tak? Aku memang tak nampak sebab tak perasan bila kejadian itu berlaku. Kalai korang ada tengok dan nampak gerhana itu,kasi la aku tengok. Nak tengok juga. Tak kira. Tak kira.

Sedih betul tak dapat tengok. Aku dapat tengok gerhana yang sebelum ni je. Itu pun dalam gambar. Nasib baik ada gambar,takde la ketinggalan sangat.


Nak tahu tak macam mana kejadian gerhana bulan ini boleh berlaku. Aku baru je baca kat wikipedia tadi. Abang wikipedia cakap gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama,dan apabila matahari,bumi dan bulan terjajar pada satu garisan yang sama,atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.



Lebih kurang macam itulah fakta tentang gerhana bulan ini. Time sekolah dulu ada belajar rasanya tentang gerhana ini,tapi dah lupa. Dah berapa tahun tinggal pelajaran sains ini. Kena terokai semula la nampaknya. At least,kita tahu juga tentang kejadian gerhana bulan macam mana boleh terjadi. Bateri laptop dah habis,sampai di sini sahaja ye kawan-kawan. Aku pergi dulu. Larikkkkkkkk !!!





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

4 3 menconteng:

hafiz hafizol said...

aku tgk disebalik awan.. lawa... :)

Oppa Kudin Nz said...

@hafiz hafizol :

untung lah dpt tgk. aku terlupe nk tgk la.

SyahirahShaadan said...

awak di tag http://inibelogsyahirah.blogspot.com/2012/01/saya-ditag.html

Oppa Kudin Nz said...

@SyahirahShaadan :

tenkiu. Cuba usha >-