Oct 26, 2012

Salam AidilAdha





Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha. Seperti biasa tiap-tiap tahun kena bangun awal pagi untuk pergi sembahyang raya. Bangun awal sempat la untuk pergi sembahyang raya. Bangun lambat bye-bye saja la jawabnya. Hehe. Lepas sembahyang raya,pergi tengok orang sembelih lembu kejap. Kesian kat lembu-lembu hari ini diorang kena sembelih. 


Lepas balik je sembahyang dan tengok orang sembelih lembu,kita pon balik jela. Perut dah berbunyi. Masa untuk makan ler pula. Ini dia menu yang masak untuk hari ini. Nasi minyak,gulai ayam,ketupat dan rendang ayam. Simple-simple je. Nak kata special takdela sangat. Janji perut lapar kita baham je. Haha


+


+


+


=







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Oct 24, 2012

Comelnya Emma Maembong




Oh, Emma Maembong..
Kenapa anda begitu comel sangat..
Suka tengok dia. Tak salahkn jadi peminat dia.. Muehehe






Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 21, 2012

1st Day EID





























Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Aug 3, 2012

Perkahwinan tak semudah apa yang disangka



Assalamualaikum dan salam Ramadhan. 
Disini saya nak berkongsi apa yang lecturer kitorang cakap di Uia. Madam kami ada share story tentang hal perkahwinan. Beginilah ceritanya..

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya.Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tentang bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup.Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Apa yang kita dapat ambil iktibar daripada cerita ini adalah jangan fikir bahawa perkahwinan itu sangat mudah dan seindah apa yang disangka tapi memerlukan pengorbanan yang tinggi dan perlu bersefahaman antara satu sama lain. Bercinta sebelum kahwin mungkin sweet tapi selepas kahwin mungkin lain pula jadinya. Jadi kesimpulannya, kekalkan prestasi dan tingkatkan kualiti. InsyaAllah kita bahagia di dunia dan di Akhirat. Mula berfikiran matang. Haha







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jun 12, 2012

Kalau Benar Cinta










Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jun 11, 2012

Semester Break



Yeayyy,
cuti jua akhirnya. Dah lama tunggu saat ini. Ingin duduk kat rumah rilek-rilek. Makan tido sampai puas. Tengok bola sampai lebam. Haha. Game bola start tengah malam. Kena berjaga sikit la korang yer. Nasib baik bola main time aku dah start cuti. Lau belum cuti lagi,harapan sedikit la untuk tengok bola. Sad sad. Walau macam mane pun feeling sekarang happy giler boleh balik ke rumah tercinta. Home sweet home. "I'm coming home,I'm coming home. Tell the world that I'm coming home." Siap menyanyi lagi tu. Hehe. Suka-suka. Berseronok dan nikmati lah seketika.

Korang tengok tak game Italy vs Spain semalam? Aku tengok je sebab sokong team Spain. Mesti ramai yang sokong Spain. Team mantap tu. Tapi tak tahu lah kenapa semalam diorang tak letak striker. Last-last baru nak letak. Nak cuba position baru agaknya. Game semalam berkesudahan seri 1-1. Italy pun hebat juga boleh mengikat Spain. Hebat-hebat pemain bola ni. Lama tak main bola padang,main futsal je slalu. Janji keluar peluh. Hikhok~


Saya sudah bebas dari SPM,
saya sudah bebas dari exam,
saya sudah bebas dari tol,
saya sudah bebas segala-galanya.
Hari ini saya nak lepaskan bebasnya.
Tapi bebas untuk sekejap je. 
Nikmatilah walaupun sementara =D




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 29, 2012

Hoorraayyy.. Dah Update !!





Wah,dah lama betul aku tak update blog. Berbulan-bulan juga kiranya. Kali ni pon aku nak update secara ringkas je. Tak berkesempatan sangat nak taip panjang-panjang. Biar lah short,asalkan dapat juga nak update. Mesti kawan-kawan dah lupa kan blog aku yang tak usang ni. Stalk lah jikalau aku ada update entri. 

Sorry lah,dah lama tak berblogging. Minat nak blogging tu dah hilang dah. Sudah tak se aktif dulu. Dunia blog ni pun dah jadi janggal untuk aku masuki. Tapi yang seronoknya,berblogging ni dapat mengenali kawan-kawan di alam maya. Dah banyak kali blogger buat gathering. Setakat ini ada tiga kali aku pernah pergi. Seronok lah dapat jumpa dengan kawan-kawan alam maya. Dapat tengok secara real

Sorry guys,final exam aku dah start dah. Aku tak boleh lama-lama sangat kat sini. Kena sambung study pulak lepas ni. Cepatlah habis exam ni,aku dah tak sabar dah nak goyang kaki duduk kat rumah. Korang pun study elok-elok. Tak kira tengah exam ke,tengah buat esimen ke. Asalkan korang buat yang terbaik. Jangan lupa harapan ibubapa di rumah. Aja Aja Fighting!! Doa lah untuk kejayaan kita bersama. InsyaAllah. Amin~


FIGHTING !!




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 28, 2012

Wordless Wednesday #14










Yang mana lagi laju? A ke B





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Feb 22, 2012

Wordless Wednesday #13





Cuba tengok ini.
Sama kan. Tengok betol-betol.







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Feb 1, 2012

Wordless Wednesday #12





Perhatikan apa yang tak kena dengan gambar ni
Lokasinya di Uia Gombak





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 27, 2012

Kisah AJL 26 :-



SUNGAI LUI menjadi saksi pertama pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kau lah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun,kini segalanya berubah,SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu,namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus-terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua,"KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada,kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati,aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu,biarlah aku pendam dan simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.




Nota Kaki : Kreatif betul ayat ini

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 23, 2012

Off to KL. Takde tempat lain ker.



Hari ini pagi-pagi lagi dah kena bersiap-siap untuk pergi ambil akak kat Nilai,USIM. Aduh,nak bangun awal-awal yang susah sket. Tau-tau lah aku mana pernah bangun awal duk kat rumah ni. Adik aku lak main tarik-tarik selimut. Dah la tengah sejuk,tekanan jiwa betul aku. Bangun jela nak buat cmne. 

Best la akak aku dah habis belajar. Dia dah final year. Happy nya dapat habiskan belajar tu dengan cemerlang. Aku ni entah bila nak habis tak tahu. Dengan exam nya susah baru-baru ini. Mana boleh aku nak jawab. Study soalan exam past year dah padahal,keluar-keluar soalan examnya makin rumit jadinya. Ingatkan ala-ala itu juga gayanya. Tapi tidak,jauh langit dan bumi perumpaan nya. 

Sem baru ni aku dah target dah,ada 2 paper yang nyawa-nyawa ikan. Memang aku tak boleh nak jawab sangat. Habis pasrah dah. Harap-harap lulus la 2 paper tu. Malas nak pikir dah. Abang akak aku dah berjaya dah. Next,turn aku plak lepas ini. Mampu ke tidak nak habiskan saki baki sem yang ada ini. Terpikir juga kadang-kadang. Bukan kadang-kadang,tapi selalu juga sebenarnya. Berusaha dulu la sedaya upaya. Banyak mengeluh tak jadi juga. Go go go kawan-kawan semua.

Ok lah,aku mahu gerak dah ni. Nanti bising lak mak ayah aku kalau lambat. Bukan boleh diorang tu,membebel je kerjanya. Sakit telinga menahan. Haha. Muka excited nak keluar biar malas pun sebenarnya. Dah berapa minggu asyik terperap kat dalam rumah je. Adios~





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 22, 2012

Janda? Boleh percaya ke



Assalamualaikum semua,
Sorry-sorry dah berapa hari tak jalan-jalan kat blog kamu semua. Nak update entry baru pun tak sempat sangat. Mak pergi kursus baru-baru ini. Kena jaga adik kat rumah. Petang-petang pergi joging. Sihatkan tubuh badan sedikit. Asyik duduk kat rumah je,takkan nak terus biarkan perut ni membesar kan.

Guys,
Nak mintak pendapat dari korang ni. Takpe ke menikah di Golok (Siam) ? Kita selalu dengar orang lari bernikah di Golok,Thailand. Padahal di tempat kita boleh melansungkan perkahwinan tersebut. Mengapa perlu ke sana juga. Situasinya macam ini,seorang duda telah kematian isterinya sejak 2 tahun yang lalu. Sekarang dia telah mengenali seorang janda ini dan ingin memutuskan untuk berkahwin dengan janda tersebut. Tetapi janda tersebut mengajak si duda ini bernikah di Golok (Siam). Katanya si janda,dia bekerja disana dan berurusan disana lebih mudah. Persoalannya boleh percaya ke kat si janda ni? Musykil-musykil. Bukan apa,takut ingin memperdaya si duda tersebut je. Kesian juga. Si duda hanya menuruti cakap janda. Apa pendapat korang tentang permasalahan ini?

 




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 18, 2012

Wordless Wednesday #11




How dare you. Sob sob sob =(




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 16, 2012

Aku Bukan Kaki LIKE



Apa khabar semuanya. Ada orang ingin rampas kawasan aduyai. Aku tak kasihani pon. Aduh derr.. Cuba teka siapa yang cakap sebegini rupa? Jeng jeng jeng. Siapa yang tengok Maharaja Lawak dia tahu lah. Semestinya Johan yang cakap macam gini. Lawak betul Johan dengan Zizan tu. Memang pasangan ideal Jozan tu. Haha~

Bukan itu saudara-saudari yang ingin saya sampaikan. Disebalik gelak ketawa ada juga mesej yang ingin disampaikan sebenarnya. Betul ke? Mesti ada kan. 

Hari ini aku nak story pasal wanita. Dimana ada wanita disitulah ada lelaki yang memandang mereka. Mereka ini lemah lembut orangnya,haruslah kaum lelaki bercakap sopan santun untuk menghormati keayuan mereka. Itulah yang dinamakan budi bahasa budaya kita. Banyak situasi sekarang ini yang mana kita lihat seseorang itu mahu mengenali someone itu tapi tidak berani untuk bercakap secara direct. Tengok ni status yang aku buat.


Kan mendapat sambutan tu. Giler lah,first time orang bagi respon sebanyak itu. Khususnya kaum wanita. Haha. Tapi betul apa yang aku cakap tu. Korang pernah alaminya tak sebelum ini? Mesti ada yang pernah kan. Tapi tidak mengapa,kita hanya menolong rakan-rakan yang memerlukan. Situasi seterusnya begini plak, if you kena dumbed,don't worry. Be happy je okay. Bunga bukan sekuntum.kumbang bukan seekor.


Chewahh,macam doktor pakar cinta plak aku ni. Merapu sampai kemana entah. Haha. Takpe-takpe,just mengisi masa lapang yang terluang. Lepas ni,aku pergi mandi lah. Friend kat FB aku sket je,tak sampai beribu riban macam orang-orang yang hot tu. What we call it? HOTSTUFF. Never mind. Just short name. Tak percaya tengok lah,friend aku seribu je. Dah cukup kot seramai tu. Yang jadi ramainya sebab kawan sekolah,kawan u,kawan blogger pon ramai juga. Kan mesra namanya tu. Macam tu lah kita berkawan.


EeeeRRrrr.. Aku kaki LIKE ke. Semua orang suka nak LIKE-LIKE ni. Bukan aku sorang je. Kita LIKE sebab nak komen takut tuan dia tak reply. Jadi kesimpulannya kita LIKE jela. Haha~



Nota mintak kaki : Guna cuti yang ada untuk makan dan tidur.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 15, 2012

Santai petang sambil menonton astro ceria



Korang buat apa petang ni. Jom join aku tengok cerita kartun kat astro ceria. Aku tengok channel ceria ni pun sebab terpaksa. Jangan ingat aku suka tengok,memang tak lah. Kalau remote dah ada kat tangan adik aku memang tak boleh nak buat apa. Layan jela. Memang runting harian dia. Balik sekolah terus buka channel kartun. Suara kartun-kartun berkumandanglah di telinga aku ni.


Dengan aku sekali pun dah hafal cerita-cerita yang dia tengok. Kampung Boy,Dragon Ball,Tom Tom Bak,Geng Bas Sekolah dan banyak lagi lah. Tak reti dah aku nak sebut lagi. Haha. Takde peluang lansung aku nak tengok TV siang hari. Kena tunggu malam menjelma baru dapat tengok. Haishhh~

Daripada aku tak buat apa-apa petang ni baik pergi jenguk dapur takut ada something aku boleh buat ker. Try buka peti jap,baru aku prasan ada pisang yang aku penyet semalam tu. Apalagi,panaskan minyak dan mula goreng-goreng la. Syok juga makan jemput pisang sambil tengok TV ni. Favourite tuu. Agagagaaaa~


Siap dengan air Teh O lagi aku hidangkan. Bersantai habis petang ni. Jomlah kita berkelah depan TV kawan-kawan semua. Sila-sila,jemput makan. Tak cukup aku goreng lagi. Bhahahaha~




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 14, 2012

Bibik takde aku plak jadi bibik.Oh,mak haih



Begini la jadinya kalau cuti sem dah tiba. Makan tidur sahaja yang mampu dibuat ketika duk di rumah. Time weekdays memang takde siapa yang tinggal di rumah. Semua keluar bekerja dan ke sekolah. Aku plak enak-enak je tidur di rumah. Sedar-sedar semua orang dah takde,bangun tengahari plak tu. Ishh,teroknya.

Pagi-pagi mak selalu pesan suruh sapu rumah. Aku cakap jela orait. Buat takpon tapi cakap je. Biasa la,perangai manusia yang teruk kan. Haha. Tapi aku sapu je kalau time bangun awal tu. Kalau zohor baru nak bangun,memang tak lah jawabnya. Jangan cakap aku je yang teruk ye,kebanyakkan student yang cuti semua macam tu. Qada tidur yang secukupnya perlu untuk menggantikan tidur yang tidak puas pada masa yang lepas-lepas. Amboi ayat,bukan main berbelit-belit lagi. Nak baca pun payah. Agagagaaaaaaa~


Memang belum mandi lagi la nampak gayanya tu. Sekarang musim hujan kan,sejuk sangat rasanya duk kat rumah. Tak payah buka kipas pun dah boleh beku. Jimat eletrik. Nak mandi pun menggeletar badan ni. Ingat cuti sem kali ni nak kerja tapi cuaca dah macam gini. Tak jadi la nampaknya. Duduk di rumah tanam anggur. Online sampai muntah. Marathon movie secepat mungkin. Itu sahaja yang mampu buat. Hak3

Petang ni mak ada kat rumah. Dia suruh aku penyet pisang. Katanya nak goreng jemput pisang. Taktao la aku pun. Buat jela kalau dah kena suruh tu. Duk kat rumah macam jadi perempuan plak. Ni semua sebab anak perempuan takde kat rumah la ni. Semua kerja aku kena buat. Kakak aku belom habis exam lagi. Adik perempuan plak duk kat hostel. Anak-anak lelaki jela yang tinggal kat rumah. Geram betul aku. Jeles tengok adik lelaki aku ni duk main game je memanjang. Buat kerja malas. Haish~ Ni yang nak mengeluh sket ni.


Tapi takpe,untuk menjadi anak yang soleh. Akan aku lakukan apa yang disuruh oleh ibu bapa. Jangan sesekali kita bantah cakap mereka. Amboi,bagusnya. Boleh masuk ustaz pilihan ni. 

Selamat Beramal Semua




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 11, 2012

Wordless Wednesday #10





Apa komen anda tentang gambar ini?




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^