Jan 15, 2012

Santai petang sambil menonton astro ceria



Korang buat apa petang ni. Jom join aku tengok cerita kartun kat astro ceria. Aku tengok channel ceria ni pun sebab terpaksa. Jangan ingat aku suka tengok,memang tak lah. Kalau remote dah ada kat tangan adik aku memang tak boleh nak buat apa. Layan jela. Memang runting harian dia. Balik sekolah terus buka channel kartun. Suara kartun-kartun berkumandanglah di telinga aku ni.


Dengan aku sekali pun dah hafal cerita-cerita yang dia tengok. Kampung Boy,Dragon Ball,Tom Tom Bak,Geng Bas Sekolah dan banyak lagi lah. Tak reti dah aku nak sebut lagi. Haha. Takde peluang lansung aku nak tengok TV siang hari. Kena tunggu malam menjelma baru dapat tengok. Haishhh~

Daripada aku tak buat apa-apa petang ni baik pergi jenguk dapur takut ada something aku boleh buat ker. Try buka peti jap,baru aku prasan ada pisang yang aku penyet semalam tu. Apalagi,panaskan minyak dan mula goreng-goreng la. Syok juga makan jemput pisang sambil tengok TV ni. Favourite tuu. Agagagaaaa~


Siap dengan air Teh O lagi aku hidangkan. Bersantai habis petang ni. Jomlah kita berkelah depan TV kawan-kawan semua. Sila-sila,jemput makan. Tak cukup aku goreng lagi. Bhahahaha~




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

13 3 menconteng:

cikshahida said...

nakkkk.eee nak balik jgk

Oppa Kudin Nz said...

@cikshahida :

Mari la makan. Tak habis makan sorang2 ni. Huhu =D

ECAH~ said...

pandainya goreng sendiri..klau ada adik camni pon bagus jugak.dari yang tak boleh harap langsung asyik nak suh kakak nye je yg wat.huhu

Oppa Kudin Nz said...

@ECAH~ :

haha. jadi adik Ecah la camtu.
Memg kerja akak pon sebenarnya. =P

C i k P i p i T e m b a m said...

eh kita minat hagemaru ! HAHAHAHAHA.. oppa masak cekodok ? nak sikittttt

yad'z said...

dah lame tak makan mende alah tuhhh... T_T

Oppa Kudin Nz said...

@C i k P i p i T e m b a m :

Hai Hagemaru. Comel je Hagemaru. Haha
Goreng sket je. Jemputlah makan. Heee =)

Oppa Kudin Nz said...

@ yad'z :

try lah. Sedap juga. Makan dengan air teh o pasti enak. Hehe =D

Anis Adila Aris said...

rajin betul la pakcik sorang ni memasak.. boleh jadi menantu pilihan ni..

same la kite, kalau adik yg pegang remote, sampai sudah tengok kartun..benda dah tgok pun tgok lagi

Oppa Kudin Nz said...

@Anis Adila Aris :

Haha. Dah boleh jadi menantu tu. Ade bakat jugak rupanya. Kui3

tula pasal,citer kartun dia ulang benda yg sama je tiap2 hari. Sampai boleh hafal dah dia ckp ape. Haha

✿ Milly Molly ✿ said...

Hamboi. Siap nk goreng lagi ;p

Oppa Kudin Nz said...

@✿ Milly Molly ✿ :

mestilah goreng. Barulah enak dimakan panas2. Ngeeeeee~

farah izwani said...

bukan runting leee.
rutin. bhahaha