Jan 14, 2012

Bibik takde aku plak jadi bibik.Oh,mak haih



Begini la jadinya kalau cuti sem dah tiba. Makan tidur sahaja yang mampu dibuat ketika duk di rumah. Time weekdays memang takde siapa yang tinggal di rumah. Semua keluar bekerja dan ke sekolah. Aku plak enak-enak je tidur di rumah. Sedar-sedar semua orang dah takde,bangun tengahari plak tu. Ishh,teroknya.

Pagi-pagi mak selalu pesan suruh sapu rumah. Aku cakap jela orait. Buat takpon tapi cakap je. Biasa la,perangai manusia yang teruk kan. Haha. Tapi aku sapu je kalau time bangun awal tu. Kalau zohor baru nak bangun,memang tak lah jawabnya. Jangan cakap aku je yang teruk ye,kebanyakkan student yang cuti semua macam tu. Qada tidur yang secukupnya perlu untuk menggantikan tidur yang tidak puas pada masa yang lepas-lepas. Amboi ayat,bukan main berbelit-belit lagi. Nak baca pun payah. Agagagaaaaaaa~


Memang belum mandi lagi la nampak gayanya tu. Sekarang musim hujan kan,sejuk sangat rasanya duk kat rumah. Tak payah buka kipas pun dah boleh beku. Jimat eletrik. Nak mandi pun menggeletar badan ni. Ingat cuti sem kali ni nak kerja tapi cuaca dah macam gini. Tak jadi la nampaknya. Duduk di rumah tanam anggur. Online sampai muntah. Marathon movie secepat mungkin. Itu sahaja yang mampu buat. Hak3

Petang ni mak ada kat rumah. Dia suruh aku penyet pisang. Katanya nak goreng jemput pisang. Taktao la aku pun. Buat jela kalau dah kena suruh tu. Duk kat rumah macam jadi perempuan plak. Ni semua sebab anak perempuan takde kat rumah la ni. Semua kerja aku kena buat. Kakak aku belom habis exam lagi. Adik perempuan plak duk kat hostel. Anak-anak lelaki jela yang tinggal kat rumah. Geram betul aku. Jeles tengok adik lelaki aku ni duk main game je memanjang. Buat kerja malas. Haish~ Ni yang nak mengeluh sket ni.


Tapi takpe,untuk menjadi anak yang soleh. Akan aku lakukan apa yang disuruh oleh ibu bapa. Jangan sesekali kita bantah cakap mereka. Amboi,bagusnya. Boleh masuk ustaz pilihan ni. 

Selamat Beramal Semua




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

27 3 menconteng:

KuuSyafiqah said...

hahaaa,
hai bibikk..!

Oppa Kudin Nz said...

@KuuSyafiqah(FS) :

Ada nak pesan apa2 ke cik puan? =P

cikshahida said...

bhahaha..chomel.jeles sgt

Anonymous said...

ha..betul la 2..memang sangat qada' tidur.. dah lama tak bangun tengahari... =)
unutng la dah seminggu dok umah.. habez exam awal..huhu

Oppa Kudin Nz said...

@cikshahida :

bhabhahaha. nt giliran kamu. Jgn jeles sgt ye =P

Oppa Kudin Nz said...

@ECAH~ :

Belom habis exam lagi ke. Cepat lah habis. Sume orang tunggu kat rumah tu. Habis awal,masuk pon awal nt. Sama je. huhu

Anonymous said...

da habis kelmarin..hihi. tp semalam baru sampai rumah..

Oppa Kudin Nz said...

@ECAH~ :

nasib baik dah habis. Sekarang masa utk kita bersantai. Hehe =D

Anis Adila Aris said...

amboi..bagusnya anak emak nie ha..

rajin jugak la tu, even bangun lambat tapi menyapu sampah jugak..haha

Oppa Kudin Nz said...

@Anis Adila Aris :

Tak rajin juga sebenarnya. Harap terpakse je. Apekan daya. Hehe =D

YanaAbell said...

wow. :) rajin meyhh

Emancipated Pt Ltd. said...

cekodok singgit ye bik.!

Oppa Kudin Nz said...

@nur liyana :

Besela,anak mak kn. Mesti rajin. Heeeee.
Macam kamu juga =D

Oppa Kudin Nz said...

@farah izwani :

Baik puan besar. Nt gorengkan utk puan besar. =D

Anonymous said...

xaci la korang dak2 engin selalu habez awal

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

tenks oppa sudi wish bday acu...:)

teyhasahaje a.k.a NURUL said...

tenks oppa sudi wish bday acu...:)

Hun_eyes said...

bibik pon xpe.... keja gop kan?? heeee :D

~SchaaFeezaJajA~ said...

jemput pisang singgit! heheheh

Munirah Kadir said...

wah,rajinnya awk..jarang ada anak lelaki y rajin nak buat2 kerja rumah walopun terpaksa tau..ehhehee

Oppa Kudin Nz said...

@ECAH~ :

dak2 engin memg habis awal selalu.
Kamu kos ape? kecian habis lambat. haha

Oppa Kudin Nz said...

@teyhasahaje a.k.a NURUL :

it's oke. Berblogwalking jalan2 blog org. Tq juga sudi datang balik. Semoga Acu ceria selalu =D

Oppa Kudin Nz said...

@Miss Honeys Hasdi :

Ada juga yang boleh dibuat. Heeee
Takde la cikgu nak bagi kerja skolah bnyk sgt. Teehaaaaa =P

Oppa Kudin Nz said...

@~SchaaFeezaJajA~ :

Bole2. Tunggu jap ye nak panaskan kuali dulu. Hehe =D

Oppa Kudin Nz said...

@MuniRAH Kadir :

Kaadang2 je rajin tu datang. Kalau malas,tak buat ape pon. Ngeeeeee =P

Anonymous said...

hs je pon..tu yang selalu dianak tirikan..mencik la..hah.tapi nasib baik dah habez jugak

Oppa Kudin Nz said...

@ECAH~ :

haha. Lambat habis kn. Okela tu dah habis tp cuti tinggal sket jela. Tak berbaloi. Wakakaa.. C u next sem yaaa =P