May 5, 2011

Universiti kita kempunan 200 terbaik dunia

Pencapaian belum cukup kuat untuk tanding kehebatan menara gading berprestij luar negara

TIADA yang mengejutkan apabila melihat keputusan penarafan World University Ranking by Subject 2011: Life Science and Medicine yang julung kali dikeluarkan badan penarafan Quacquarelli Symonds (QS), semalam. 

Bagaikan sudah dijangka, Harvard University, Amerika Syarikat (AS) terus mengungguli siri penarafan terbaru itu apabila mencatat skor tertinggi dalam tiga subjek iaitu 93.6 bagi Perubatan, Psikologi 97.5 dan Sains Biologi, 90.5.




Diiktiraf sebagai universiti kedua terbaik dunia dalam penarafan QS World University Ranking 2010/2011, Harvard University turut mencatat markah penuh 100 peratus bagi penilaian berdasarkan kualiti akademik subjek perubatan dan psikologi.


Pencapaian universiti itu hasil kejayaan projek penyelidikan berkaitan sel stem embrionik yang dijalankan dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technology (MIT) menerusi Fakulti Teknologi dan Sains Hayat Harvard-MIT. 

Keputusan penarafan terbaru itu dibangunkan Lembaga Penasihat Akademik Global QS dan penilaian penarafan
 mengambil kira aspek reputasi akademik dan majikan, selain sitasi penyelidikan dengan nilai pemberat mengikut subjek. 

Bersaing hebat pada tangga kedua ialah University of Cambridge dari United Kingdom (UK) dan MIT yang menyaksikan kelebihan tipis University of Cambridge apabila berjaya mencatat markah antara 81.7 hingga 83 peratus bagi pe- 
nilaian kualiti akademik, sekali -gus menduduki tangga kedua dalam subjek perubatan dan psikologi. 
Secara keseluruhan, penarafan itu menonjolkan dominasi universiti AS, khususnya dalam senarai 200 universiti terbaik apabila 69 universiti negara berkenaan diiktiraf terbaik dalam subjek sains biologi, diikuti perubatan 54 dan psikologi, 58. 

Selain Harvard University dan MIT, universiti AS yang turut tersenarai dalam kelompok 10 universiti teratas ketiga-tiga subjek itu ialah Stanford University, University of California, Berkeley; Yale University; California Institute of Technology; University of California, San Diego; Johns Hopkins University dan Princeton University. 

Pencapaian itu jelas menunjukkan pengukuhan kedudukan universiti AS dalam sektor pengajian tinggi berteraskan perubatan dan sains hayat. 

Selain itu, penarafan berkenaan turut menggambarkan kelebihan beberapa universiti terkemuka UK seperti University of Cambridge, Imperial College London dan University of Oxford yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 universiti teratas. 

Universiti Australia juga tidak kurang hebatnya, khususnya dalam senarai 50 teratas penarafan subjek Psikologi dengan The University of Melbourne muncul pendahulu senarai apabila menduduki tangga kelapan dalam penarafan subjek berkenaan. 

National University of Singapore pula muncul satu-satunya universiti di rantau ASEAN yang berjaya menduduki senarai 30 teratas dalam penarafan berdasarkan ketiga-tiga subjek berkenaan, sekali gus mengiktiraf reputasinya dalam melahirkan graduan perubatan berkelas dunia. 

Tamparan hebat bagi universiti di Malaysia apabila tiada satu pun yang berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik penarafan terbabit, sekali gus memberi pengertian kepada segelintir masyarakat bahawa pencapaian universiti tempatan hari ini masih belum cukup kuat untuk menandingi kehebatan universiti berprestij luar negara dalam penarafan berkenaan. 

Apa jua bentuk penarafan lain yang bakal diumumkan QS selepas ini, sebaiknya universiti di Malaysia melihat usaha penarafan ini secara bijak dan rasional dalam menilai kepentingan ranking sesuatu penarafan sekali gus meningkatkan reputasi masing-masing menerusi pendekatan yang bersifat holistik dan jangka panjang.



P/S : Belajar je kat mana-mana,asalkan ada usaha. 


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

4 3 menconteng:

cikshahida said...

dah rmai student kite yg crdik pndai blajo kt cne..aihhh~

Oppa Kudin Nz said...

@cikshahida :

btol2..ade je..kire ok lah tu kn..

✿ milly molly ✿ said...

UM kempunan! huhu

Oppa Kudin Nz said...

UM dh x tersenarai dh..haha