Jan 27, 2012

Kisah AJL 26 :-



SUNGAI LUI menjadi saksi pertama pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kau lah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun,kini segalanya berubah,SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu,namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus-terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua,"KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada,kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati,aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu,biarlah aku pendam dan simpan KISAH HATI ini untuk selamanya.




Nota Kaki : Kreatif betul ayat ini

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 23, 2012

Off to KL. Takde tempat lain ker.



Hari ini pagi-pagi lagi dah kena bersiap-siap untuk pergi ambil akak kat Nilai,USIM. Aduh,nak bangun awal-awal yang susah sket. Tau-tau lah aku mana pernah bangun awal duk kat rumah ni. Adik aku lak main tarik-tarik selimut. Dah la tengah sejuk,tekanan jiwa betul aku. Bangun jela nak buat cmne. 

Best la akak aku dah habis belajar. Dia dah final year. Happy nya dapat habiskan belajar tu dengan cemerlang. Aku ni entah bila nak habis tak tahu. Dengan exam nya susah baru-baru ini. Mana boleh aku nak jawab. Study soalan exam past year dah padahal,keluar-keluar soalan examnya makin rumit jadinya. Ingatkan ala-ala itu juga gayanya. Tapi tidak,jauh langit dan bumi perumpaan nya. 

Sem baru ni aku dah target dah,ada 2 paper yang nyawa-nyawa ikan. Memang aku tak boleh nak jawab sangat. Habis pasrah dah. Harap-harap lulus la 2 paper tu. Malas nak pikir dah. Abang akak aku dah berjaya dah. Next,turn aku plak lepas ini. Mampu ke tidak nak habiskan saki baki sem yang ada ini. Terpikir juga kadang-kadang. Bukan kadang-kadang,tapi selalu juga sebenarnya. Berusaha dulu la sedaya upaya. Banyak mengeluh tak jadi juga. Go go go kawan-kawan semua.

Ok lah,aku mahu gerak dah ni. Nanti bising lak mak ayah aku kalau lambat. Bukan boleh diorang tu,membebel je kerjanya. Sakit telinga menahan. Haha. Muka excited nak keluar biar malas pun sebenarnya. Dah berapa minggu asyik terperap kat dalam rumah je. Adios~





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 22, 2012

Janda? Boleh percaya ke



Assalamualaikum semua,
Sorry-sorry dah berapa hari tak jalan-jalan kat blog kamu semua. Nak update entry baru pun tak sempat sangat. Mak pergi kursus baru-baru ini. Kena jaga adik kat rumah. Petang-petang pergi joging. Sihatkan tubuh badan sedikit. Asyik duduk kat rumah je,takkan nak terus biarkan perut ni membesar kan.

Guys,
Nak mintak pendapat dari korang ni. Takpe ke menikah di Golok (Siam) ? Kita selalu dengar orang lari bernikah di Golok,Thailand. Padahal di tempat kita boleh melansungkan perkahwinan tersebut. Mengapa perlu ke sana juga. Situasinya macam ini,seorang duda telah kematian isterinya sejak 2 tahun yang lalu. Sekarang dia telah mengenali seorang janda ini dan ingin memutuskan untuk berkahwin dengan janda tersebut. Tetapi janda tersebut mengajak si duda ini bernikah di Golok (Siam). Katanya si janda,dia bekerja disana dan berurusan disana lebih mudah. Persoalannya boleh percaya ke kat si janda ni? Musykil-musykil. Bukan apa,takut ingin memperdaya si duda tersebut je. Kesian juga. Si duda hanya menuruti cakap janda. Apa pendapat korang tentang permasalahan ini?

 




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^