Dec 11, 2011

Ada Nampak Tak Gerhana Bulan




Assalamualaikum semua,

Sudah lama blog ini tidak di update,akhirnya ada juga perkataan yang ingin dituliskan. Minta maaf banyak-banyak kerana biarkan blog ini tidak bertuan untuk sekian lama.

Nak tanya ni,semalam korang ada nampak gerhana bulan tak? Aku memang tak nampak sebab tak perasan bila kejadian itu berlaku. Kalai korang ada tengok dan nampak gerhana itu,kasi la aku tengok. Nak tengok juga. Tak kira. Tak kira.

Sedih betul tak dapat tengok. Aku dapat tengok gerhana yang sebelum ni je. Itu pun dalam gambar. Nasib baik ada gambar,takde la ketinggalan sangat.


Nak tahu tak macam mana kejadian gerhana bulan ini boleh berlaku. Aku baru je baca kat wikipedia tadi. Abang wikipedia cakap gerhana bulan berlaku apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama,dan apabila matahari,bumi dan bulan terjajar pada satu garisan yang sama,atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.



Lebih kurang macam itulah fakta tentang gerhana bulan ini. Time sekolah dulu ada belajar rasanya tentang gerhana ini,tapi dah lupa. Dah berapa tahun tinggal pelajaran sains ini. Kena terokai semula la nampaknya. At least,kita tahu juga tentang kejadian gerhana bulan macam mana boleh terjadi. Bateri laptop dah habis,sampai di sini sahaja ye kawan-kawan. Aku pergi dulu. Larikkkkkkkk !!!





Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Nov 13, 2011

Cuti dah HABIS !!



Waaaaaaaa..
Berat je rasa hati ni nak tinggalkan rumah. Cuti seminggu mana lah cukup. Kasi la lama-lama sket,baru betul. Ni tidak,pejam celik pejam celik dah habis seminggu dah. Cepat betul masa berlalu sekarang. Tahun 2011 pun dah nak sampai penghujung tak lama lagi. Umur pun semakin meningkat,tua macam tu je. Haish~

Cuti seminggu ni aku gunakan dengan sebaik mungkin. Apa lagi,buat part time la. Aku tak boleh duduk saje goyang kaki kat rumah ni. Tak tahu la kenapa. Ada je kerja yang nak dibuat. Seminggu pun boleh cari kerja beb. Waa dengan tauke wa macam ni haa.. Baik punyer. Senang sket nak counting,anytime boleh datang nak kerja. Balik cuti mesej je kat dia. Kan senang gitu.

Tapi kerja-kerja jugak,esimen berlambak tuh tak buat-buat lagi. Next week kene buat presentation. Tak prepare pape pun lagi. Tunggu balik U la baru aku buat. Duduk kat Rumah memang tak bole buat punyer. Tanya lah gadis-gadis lain. Tak pasal-pasal tanya kat gadis-gadis. Diorang tak salah pun.


Pagi ni aku dah nak naik bas dah mahu gerak ke Uia. Semua orang takde kat umah. Parent aku kerja,so terpaksa la pergi sendiri je nanti ke stesen bas. Sedih  kan. Tapi tidak mengapa,aku dah biasa dengan semua ini. Aku lelaki kan,nama pun jantan. Takkan nak sedih-sedih. Jiwang sangat namanya tu. Okay,time for packing barang-barang. Waa gerak dulu,Assalamualaikum..





Nota kaki : Kepada kawan-kawan yang dah habis cuti juga tu,selamat kembali ke alam kesibukan ye.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Nov 9, 2011

Wordless Wednesday #9





EeeRrrr...




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^