Oct 13, 2013

Hohoho Balik Kampung aka Home Sweet Home




Assalamualaikum semua..

Dah berkurun lamanya saya tak update blog ini. Jiwa nak berblogging tu dah semakin berkurangan. Dulu zaman-zaman aktif blogging memang seronok. Dapat kenal ramai kawan melalui blogging. Sekarang masing-masing mungkin sudah sibuk dengan pelajaran dan kerjaya yang tersendiri.

Daripada biarkan blog saya berhabuk camni, lebih baik saya update sedikit daripada tak update lansung kan. Bila ada masa free free sedikit, saya akan cuba untuk blogwalking semula dan terjah kawan-kawan yang mana masih aktif blogging. 

Sekarang saya cuti midsem plus cuti raya haji selama seminggu. Masa ini lah saya akan guna untuk blogwalking sikit-sikit. Bestnya bila balik rumah, sangat tenang tak perlu fikir tentang belajar. Yang paling best dapat makan masakan mak. Raya haji orang korban lembu. Alamatnya makan daging jela hari-hari nanti. Selamat besarkan perut semua. Time raya kita makan sampai puas. Jangan nak diet sangat lah.. Hehe







Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

2 3 menconteng:

Mysara Ab Rahman said...

bestnyer cuti n blik kmpung..kte cuti sehari je..emm...salam aidiladha!

super d0uble F :) said...

selamat bercuti :)