Jan 2, 2011

fakta tentang orang pompuan

Meh kita gelak ramai-ramai. Mesti ada orang perempuan yang terperasan kan? ngeh3..meskipom aku ni perempuan , tapi aku tetap nk post mende ni...hahaha evileyeApa-apa pun, jom pizza... Laa... pizza lagi! Jom kita tengok benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. wink
Budak2 pon t'kejut m'bacanya. haha
 
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!

Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!

Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!

Wanita memang pemurah... sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!

Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu... tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!

Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!

Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per... per... !

Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!

Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!

Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!

Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complexs, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!

Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat!

Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!

Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!

Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja! Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!

Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.

Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...

Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!

Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

19 3 menconteng:

Farishah Hanem said...

HAHAHAHAHA :DDD
lawak laa !
tapi tak betul sangat laa facts ni. :D

Oppa Kudin Nz said...

tp memg bole dipakai kn.. :D

MiSS FaZuMiEY said...

terasa giler yg no 10 tuhhh !!!! hahaha

Oppa Kudin Nz said...

haha..memg prangai ko r tuu kn..

Unknown said...

haha , betoi laa jugak .
tapi ta setuju laa sal salin resepi tuh ! haha ,
mayb steng je kot ? heee ,,

Oppa Kudin Nz said...

btol lah..xtao masak,tgk resepi r kn..heeee :D

Anonymous said...

haha..mmg xleh bla

SI MILLY'S said...

haha. tergelak kot bace semua nih! ade yg terkena. gud2!! mohon share :) boleh cek Kudin?

mimie said...

hehe besh en3~ i like ^__^

Oppa Kudin Nz said...

baju kurung : ade yg terkena kew..haha
milly molly : bole ajew..xde hal pon..hik3 =D

Admin said...

haha.....setuju la tu...

pating said...

kau memang sentap =.='

Oppa Kudin Nz said...

kn dh ckp..btol apew..haha

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

hihihi betul kesemuanya

Oppa Kudin Nz said...

name penuh pon stuju jugk..haha

IxoR@ said...

saya perempuan...

hehehehe....

Ain Shdn said...

eh,saya xmacam prempuan. haha

Oppa Kudin Nz said...

xkew??memg pon..haha :D

Amira Anorah said...

amboi...ngada oppa..lepas ni nak buat fakta tentang lelaki lah...HAHA