Jan 15, 2012

Santai petang sambil menonton astro ceria



Korang buat apa petang ni. Jom join aku tengok cerita kartun kat astro ceria. Aku tengok channel ceria ni pun sebab terpaksa. Jangan ingat aku suka tengok,memang tak lah. Kalau remote dah ada kat tangan adik aku memang tak boleh nak buat apa. Layan jela. Memang runting harian dia. Balik sekolah terus buka channel kartun. Suara kartun-kartun berkumandanglah di telinga aku ni.


Dengan aku sekali pun dah hafal cerita-cerita yang dia tengok. Kampung Boy,Dragon Ball,Tom Tom Bak,Geng Bas Sekolah dan banyak lagi lah. Tak reti dah aku nak sebut lagi. Haha. Takde peluang lansung aku nak tengok TV siang hari. Kena tunggu malam menjelma baru dapat tengok. Haishhh~

Daripada aku tak buat apa-apa petang ni baik pergi jenguk dapur takut ada something aku boleh buat ker. Try buka peti jap,baru aku prasan ada pisang yang aku penyet semalam tu. Apalagi,panaskan minyak dan mula goreng-goreng la. Syok juga makan jemput pisang sambil tengok TV ni. Favourite tuu. Agagagaaaa~


Siap dengan air Teh O lagi aku hidangkan. Bersantai habis petang ni. Jomlah kita berkelah depan TV kawan-kawan semua. Sila-sila,jemput makan. Tak cukup aku goreng lagi. Bhahahaha~




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 14, 2012

Bibik takde aku plak jadi bibik.Oh,mak haih



Begini la jadinya kalau cuti sem dah tiba. Makan tidur sahaja yang mampu dibuat ketika duk di rumah. Time weekdays memang takde siapa yang tinggal di rumah. Semua keluar bekerja dan ke sekolah. Aku plak enak-enak je tidur di rumah. Sedar-sedar semua orang dah takde,bangun tengahari plak tu. Ishh,teroknya.

Pagi-pagi mak selalu pesan suruh sapu rumah. Aku cakap jela orait. Buat takpon tapi cakap je. Biasa la,perangai manusia yang teruk kan. Haha. Tapi aku sapu je kalau time bangun awal tu. Kalau zohor baru nak bangun,memang tak lah jawabnya. Jangan cakap aku je yang teruk ye,kebanyakkan student yang cuti semua macam tu. Qada tidur yang secukupnya perlu untuk menggantikan tidur yang tidak puas pada masa yang lepas-lepas. Amboi ayat,bukan main berbelit-belit lagi. Nak baca pun payah. Agagagaaaaaaa~


Memang belum mandi lagi la nampak gayanya tu. Sekarang musim hujan kan,sejuk sangat rasanya duk kat rumah. Tak payah buka kipas pun dah boleh beku. Jimat eletrik. Nak mandi pun menggeletar badan ni. Ingat cuti sem kali ni nak kerja tapi cuaca dah macam gini. Tak jadi la nampaknya. Duduk di rumah tanam anggur. Online sampai muntah. Marathon movie secepat mungkin. Itu sahaja yang mampu buat. Hak3

Petang ni mak ada kat rumah. Dia suruh aku penyet pisang. Katanya nak goreng jemput pisang. Taktao la aku pun. Buat jela kalau dah kena suruh tu. Duk kat rumah macam jadi perempuan plak. Ni semua sebab anak perempuan takde kat rumah la ni. Semua kerja aku kena buat. Kakak aku belom habis exam lagi. Adik perempuan plak duk kat hostel. Anak-anak lelaki jela yang tinggal kat rumah. Geram betul aku. Jeles tengok adik lelaki aku ni duk main game je memanjang. Buat kerja malas. Haish~ Ni yang nak mengeluh sket ni.


Tapi takpe,untuk menjadi anak yang soleh. Akan aku lakukan apa yang disuruh oleh ibu bapa. Jangan sesekali kita bantah cakap mereka. Amboi,bagusnya. Boleh masuk ustaz pilihan ni. 

Selamat Beramal Semua




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Jan 11, 2012

Wordless Wednesday #10





Apa komen anda tentang gambar ini?




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^