Oct 16, 2011

REAL STEEL Gempak woo !!





Assalamualaikum........

Hello readers sekalian,
Semalam aku ada pergi KLCC. Pusing-pusing tak tahu nak buat apa. Try pergi usha kat tempat wayang,tengok lah list cerita apa yang ada. Punya lah lama cari cerita best. Tup-tup decide nak tengok cerita REAL STEEL. Ingatkan cerita ini biasa-biasa je. Lepas tengok baru tahu kehangatan cerita ini. Sumpah best cerita tu aku nak habaq kat hang. Cerita ini story pasal match antara robot. Kalau robot dah berlawan tu,memang gempak la kn. Tak percaya..?? Tengok lah sendiri baru tahu. Nak story nanti tak best la dah tahu cerita dia nanti.



Tengok cover depan pun dah nampak macam best kn.


Tu dia ayah dengan anak dah nak beraksi dah.


Siap training robot tak boleh tahan tu.





Nota kaki : Serius tak rugi kalau korang pergi tengok.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Oct 14, 2011

Terengganu ke Kelantan menang malam ni..??









PANTAI Timur pasti bergelora malam ini. Dua gergasi, Kelantan dan Terengganu bertembung bagi mencari slot ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2011. Tanpa ada perasaan gentar, kesebelasan utama Terengganu kini sudah bersedia untuk memecahkan tembok kebal Kota Bharu dalam misi melenyapkan impian Kelantan untuk bergelar juara Piala Malaysia musim ini.
Atas kertas, anak-anak buah Irfan Bakti memiliki kelebihan hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kuala Terengganu, Isnin lalu.
Namun, beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV bukan satu tugas mudah, apatah lagi perlu berdepan gelombang penyokong The Red Warriors.
Justeru, Irfan hanya mengharapkan doa daripada ribuan penyokong Terengganu sambil berpegang teguh kepada prinsip berjuang habis-habisan.
“Kami sangat menghormati Kelantan tetapi itu tidak bermakna kami takut. Malah, saya sendiri tidak gentar untuk berdepan mereka.
“Saya sangat percaya kepada kemampuan pemain-pemain Terengganu dan kami hanya perlu mengekalkan fokus sambil meningkat semangat apabila beraksi di Kota Bharu,” kata Irfan kepada Kosmo!.
Baik Terengganu mahupun Kelantan, Irfan mengakui kedua-dua pasukan sebenarnya berdepan dilema yang sama apabila kehilangan beberapa tonggak utama.
Namun katanya, Kelantan masih memiliki kelebihan apabila beraksi selaku tuan rumah pada ketika anak-anak buahnya perlu mempertahankan dua gol yang diperoleh di Kuala Terengganu.
“Kelebihan Kelantan mungkin kepada penyokongnya tetapi itu tidak bermakna kami akan akur dengan sorakan mereka.
“Pemain saya cukup kental dan memiliki semangat juang yang tinggi seperti mana yang mereka buktikan pada final Piala FA Jun lalu.
“Jadi, kami perlu fokus kepada permainan tanpa memikirkan langsung mengenai sorakan penyokong lawan,” jelasnya.
Mengenai percaturan malam ini, Irfan menjelaskan taktik menyerang akan dipraktikkan anak-anak buahnya dalam misi memberi tekanan kepada pasukan lawan.
“Saya mempunyai ramai pemain berbakat seperti Joseph Kalang Tie, Ashaari Shamsuddin, Abdul Hadi Yahya dan Marzuki Yusof.
“Jadi, saya tidak perlu risau mengenai perlawanan malam ini kerana hanya pasukan terbaik yang akan mara ke separuh akhir,” katanya lagi.



Harap-harap Terengganu menang malam ni. Dok sabor aku nak tengok. Aku sokong Ganu sebab aku orang Ganu.   
Siapa orang Ganu or Kelantan,mari la tengok bola malam ni sekali dengan aku. Boleh main mercum malam nanti. haha.. Panas tuh. ^^




Nota kaki : Sedutan dari Kosmo hari ini.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Oct 7, 2011

Best je tengok orang sambut Birthday. Aku?? =(




1



2



3




Happy Birthday to akak Wada'ah & akak Milin yang ke-20. Semua dah tua-tua. haha


Hope korang enjoy birthday party tak seberapa yang kami buat ini.


Eemmm.. yummy-yummy.. sedapnya tengok diorang makan. so sweet(ayat girl)..


Simpan belon tu kak Milin. penat saya tiup semalam. bukan senang nak tiup tu.
Dah berapa biji dah tiup-tiup pecah. pedih je rasa muka ni. tapi takpe,untuk akak-akak saya. =)


Semua seronok pergi sambut birthday semalam. Cantiklah tempat korang pilih ni.


Ooouuuccchhh.. Janganlah tengok saya macam ni. Malu la.. ^^


Amboi,sweetnye.. Tau lah perut dah kenyang,hati girang.. haha



Haaaa,kalau nak tahu restoran yang kami makan semalam.. kat atas tu lah nama restorannya. restoran dia macam-macam jenis ada. Cyber Cafe pon ada. kalau nak ber-facebooking,ber-blogging,ber-twittering bole la. ade wifi rasanya. kat dalam dia nampak macam besar juga. Time nak masuk restoran ni,ingatkan rumah dari luar.. tapi bila dah masuk,kat dalam tu ada restoran rupanya.. Teruja sekejap.. kalau nak makan guna kerusi meja tu dah biasa kan.. kat sini ada juga sediakan tempat makan macam style ala-ala Korea Jepun gitu.. makan sambil duduk.. lagi style kan. Kalau restoran jenis duduk atas kerusi tu dah selalu dah.. Taknak. Nak style lain pulak. heeee ^^




Nota kaki : Bila lah pulak nak sambut Birthday aku ni. Haisshhh~

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^