May 31, 2011

Gathering Blogger di Midvalley

Salam sejahtera semua,
semoga kalian berada dalam keadaan sihat sentiasa. Sorry kepada teman-teman sebab sudah sekian lama blog ini tak diupdatekan kerana tuan punyer blog ni tak berapa rajin sangat nak online. Ini semua sebab wifi lah ni tak sampai kat bilik,tension betol rase. Memang akan merasai boring yang terlampau lah kalau duduk kat bilik tu. Hari-hari buat report,report dan report. Takde benda lain ke nak suruh buat. Marah je.. Gggrrr.. =/

Tapi tak mengapa,weekend boleh je nak lepak pon. Ketekanan dah diubati sket apabila dah berjumpa dengan member-member sahabat blogger ni. Diorang memang spoting habis lah walaupun baru first time pergi gathering ni. Tegur je sape-sape yang ade kat situ. Yang tak kenal jadi kenal nanti. Dont worry,diorang semua peramah lah,jangan takut untuk bertegur sape ye. Sempat jugak lah aku bersesi gambar dengan sahabat blogger. Lama jugak lepak bual-bual ni. Nak balik terus dahaga.. hoho

Cik Bulat tak cakap pon aritu. Mane aci camni.
Tapi aku kena cakap. Mane aci camni. Segan kot. huhu
Haaaa..Syed nak lari lah tu..kan dah kene suruh ckp jugk tu..kih3
Amboi KSP,nak posing ngan Nisa je. Jeles ni..haha
Tak jeles pon dgn KSP,ak pon dapat jugk posing ngan cik Riben..hehe
Semua org nak bergambar dgn Zack Zaidi. Nak mintak sign ler tu..haha

Terkejut time ni orang ambil gambar.. =P
Fffrrreeeezzzzzz.. freestyle punyer. terbaiklah sahabat-sahabat blogger.
Memang happy pergi gathering ni. Okey la tu buat camni,biase-biase suda,lagi sempoi. Takde lah formal sangat. Dapat berbual-bual dengan blogger pon dah kira cukup lah. Thanx kepada semua yang menghadiri ye. (^_^)

P/S : Lupa nak bawa kamera aritu,xde gambar sgt la jawabnya. Ni pon ambil dari sumber member-member blogger je. Sorry ye curi tak bagitao. Harap-harap xde hal lah. hehe =P
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 17, 2011

Ini Real Punyer ke Edit?

Ramai yang tertanya-tanya aku pasal pic yang aku letak kat facebook ni. Nak tengok ke pic tu? tak payah lah,segan lah aku nanti. Terkantoi plak kang. Okey-okey,ak tunjuk ye,tp jgn bagi kantoi lak. Tak suspen lah nanti. haha.. Ni dia pic yang aku letak tu.


Amacam,cantik tak tempat ni? Sangat cantik kan. Aku pun suka giler dengan pemandangan pic ni. Haa,korang rasa pic ni real ke tak? Cuba try tengok sekali imbas sahaja. Kalau tengok sekali mcm real,kalau dah tenung lama-lama tu ada lah part-part yang kantoi sket nanti. Biasa lah tu,aku ni amatur lagi. Baru nak belajar bab-bab camni. hehe.. Tak perlu susah-susah nak pergi cari tempat yang cun-cun untuk ambil gambar. Kan senang tu. Make it simple. Simple is better. haha  (^_^)

P/S : Siapa-siapa yang dah pro tu,jangan gelakkan aku yew. Ni baru try 1st time. Siapa yang belum tahu lagi nak buat cmane,boleh je aku nak ajar,tapi biasa-biasa jela. Orait je kn.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 12, 2011

Kisah Pemuda Malas Solat


Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.
“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.
“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.
Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.
“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.
Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.
Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.
Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.
Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.
Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.
“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.
“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”
“Permintaan apa itu wahai tuan?”
“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.
Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.
“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.
“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.
“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“Benar Tuan Syeikh”
”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.
Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.
“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.
“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.
Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.
Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”
“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”
“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”
“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.
“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”
“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.
“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”
“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.
“Ya benar Tuan”
“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.
Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.
Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.
Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.
Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.
Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.
“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.
“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”
“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.
“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”
Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.
“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”
“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.
“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.
“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.
Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.
Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.
Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.
P/S : Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan solat kita. Nescaya dipermudahkan. Amin..

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 8, 2011

Aduh,fobia kalau mcm gini

Aku nak ambik ke tak hah short sem ni. Kalau ambik ok jugak,lau tak ambik lagi okey. Boleh honeymoon lama-lama agi. Honeymoon apenye,keje lah wei. Takde masanya aku nk honeymoon ni. Time cuti bukannya selalu melekat kat rumah pon,cari pulus lah buat topup nak ambik sem akan datang. Takkan nak harapkn loan yang kita pinjam tu. Mane lah cukup beb. Percayalah. Orang yang dapat skolar mara pon x cukup. Apetah lagi mara linear,kena bayar lak tuh. Kejam-kejam. So cruel. haha. Macam mane pon,aku tgh konpius skrg. Lau amik short sem,dpt baiki pointer sket kn. Kurang lah sket subjek sem depan tuh. Adoi,nak balik semula kat U yang jadi malas tu. Berkorban lah sket untuk mase depan tu. Apelah ko ni kudin. Haishhhhhh......

Abang aku dh grade,jadi cikgu dh skrg. Akak aku pon x lame agi nk grade jugk.
Aku ni entah biler lah. Takkan nak asyik tangguh je. Tak bole jadi cam gini.
P/S : Korang rasa perlu tak aku ambik short sem ni ??


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 5, 2011

Universiti kita kempunan 200 terbaik dunia

Pencapaian belum cukup kuat untuk tanding kehebatan menara gading berprestij luar negara

TIADA yang mengejutkan apabila melihat keputusan penarafan World University Ranking by Subject 2011: Life Science and Medicine yang julung kali dikeluarkan badan penarafan Quacquarelli Symonds (QS), semalam. 

Bagaikan sudah dijangka, Harvard University, Amerika Syarikat (AS) terus mengungguli siri penarafan terbaru itu apabila mencatat skor tertinggi dalam tiga subjek iaitu 93.6 bagi Perubatan, Psikologi 97.5 dan Sains Biologi, 90.5.




Diiktiraf sebagai universiti kedua terbaik dunia dalam penarafan QS World University Ranking 2010/2011, Harvard University turut mencatat markah penuh 100 peratus bagi penilaian berdasarkan kualiti akademik subjek perubatan dan psikologi.


Pencapaian universiti itu hasil kejayaan projek penyelidikan berkaitan sel stem embrionik yang dijalankan dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technology (MIT) menerusi Fakulti Teknologi dan Sains Hayat Harvard-MIT. 

Keputusan penarafan terbaru itu dibangunkan Lembaga Penasihat Akademik Global QS dan penilaian penarafan
 mengambil kira aspek reputasi akademik dan majikan, selain sitasi penyelidikan dengan nilai pemberat mengikut subjek. 

Bersaing hebat pada tangga kedua ialah University of Cambridge dari United Kingdom (UK) dan MIT yang menyaksikan kelebihan tipis University of Cambridge apabila berjaya mencatat markah antara 81.7 hingga 83 peratus bagi pe- 
nilaian kualiti akademik, sekali -gus menduduki tangga kedua dalam subjek perubatan dan psikologi. 
Secara keseluruhan, penarafan itu menonjolkan dominasi universiti AS, khususnya dalam senarai 200 universiti terbaik apabila 69 universiti negara berkenaan diiktiraf terbaik dalam subjek sains biologi, diikuti perubatan 54 dan psikologi, 58. 

Selain Harvard University dan MIT, universiti AS yang turut tersenarai dalam kelompok 10 universiti teratas ketiga-tiga subjek itu ialah Stanford University, University of California, Berkeley; Yale University; California Institute of Technology; University of California, San Diego; Johns Hopkins University dan Princeton University. 

Pencapaian itu jelas menunjukkan pengukuhan kedudukan universiti AS dalam sektor pengajian tinggi berteraskan perubatan dan sains hayat. 

Selain itu, penarafan berkenaan turut menggambarkan kelebihan beberapa universiti terkemuka UK seperti University of Cambridge, Imperial College London dan University of Oxford yang berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 universiti teratas. 

Universiti Australia juga tidak kurang hebatnya, khususnya dalam senarai 50 teratas penarafan subjek Psikologi dengan The University of Melbourne muncul pendahulu senarai apabila menduduki tangga kelapan dalam penarafan subjek berkenaan. 

National University of Singapore pula muncul satu-satunya universiti di rantau ASEAN yang berjaya menduduki senarai 30 teratas dalam penarafan berdasarkan ketiga-tiga subjek berkenaan, sekali gus mengiktiraf reputasinya dalam melahirkan graduan perubatan berkelas dunia. 

Tamparan hebat bagi universiti di Malaysia apabila tiada satu pun yang berjaya tersenarai dalam kelompok 200 terbaik penarafan terbabit, sekali gus memberi pengertian kepada segelintir masyarakat bahawa pencapaian universiti tempatan hari ini masih belum cukup kuat untuk menandingi kehebatan universiti berprestij luar negara dalam penarafan berkenaan. 

Apa jua bentuk penarafan lain yang bakal diumumkan QS selepas ini, sebaiknya universiti di Malaysia melihat usaha penarafan ini secara bijak dan rasional dalam menilai kepentingan ranking sesuatu penarafan sekali gus meningkatkan reputasi masing-masing menerusi pendekatan yang bersifat holistik dan jangka panjang.



P/S : Belajar je kat mana-mana,asalkan ada usaha. 


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 3, 2011

Nak tahu org tu macam mane? Tengok cara dia berjalan

CARA berjalan mungkin boleh membantu kaum lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri hatinya.

SEPERTI sukarnya mencari mutiara di lautan, begitu jugalah sukarnya untuk menilai seseorang untuk dijadikan suri hidup.
Mencari wanita untuk disayangi seterusnya menjadi pasangan hidup bukanlah seperti memilih atau menukar pakaian.
Menjalani hidup berdua, muafakat dalam segalanya disusuli dengan kasih sayang dan keteguhan hubungan adalah impian setiap individu.
Chewahh.. ayat nak berbunga-bunga je aku ni. Padahal tak pernah minat pun bab-bab sastera. Tapi sebab nak tulis kat blog kan,ayat tu kena lah puitis sikit.. haha
Personaliti seseorang biasanya boleh dilihat daripada pelbagai aspek penjagaan kuku, bercakap, cara makan dan tidak kurang juga melalui cara berjalan.
Ini aku ada buat research sikit mengenai cara berjalan dan personaliti seseorang wanita mungkin boleh membantu golongan lelaki mengenali wanita yang bakal menjadi suri di hati mereka.
Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.
Menoleh ke kiri dan ke kanan
Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.
Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.
Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.
Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.
Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.
Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
P/S : Itu hanya persepsi kita. Mungkin benar mungkin tidak.

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 2, 2011

10 Kebaikan di sebalik senyuman

Senyum mungkin bagi kita adalah hal yang sederhana dan mudah, cukup menarik sudut bibir dan menampakkan gigi. Namun tidak sesederhana itu, untuk tersenyum saat-saat tertentu sangatlah sulit. Mungkin terlebih jika kita tiada “mood” untuk tersenyum.Senyum mempunyai hubungan erat dengan karakter seseorang, kerana susah ditemui sifat individu yang “mudah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, kondisi jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, mengawal stres dan daya tarik kita. Senyum dipercayai sebagai salah satu jalan jika inginkn awet muda. Senyum juga mempunyai manfaat untuk kesihatan, di antaranya iaitu :
  1. Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punyai daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyum dapat membuatkan mereka tertarik.
  2. Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.
  3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang.
  4. Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegahnya bahawa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.
  5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda. Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.
  6. Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.
  7. Senyum mengeluarkan endorphins (pereda rasa sakit secara alami) dan serotonin. Beberapa study telah menunjukkan bahawa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, mereda rasa sakit yang dialami, serta serotonin. Senyum memang ubat yang mujarab.
  8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum turut membuatkan anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyuman anda sepanjang hari, maka anda akan kelihatan lebih muda dan merasa lebih baik.
  9. Senyum membuat anda nampak sukses. Orang yang tersenyum kelihatan lebih keyakinan diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada temu janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.
  10. Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Susahkan? Keranana ketika anda senyum maka senyuman tersebut akan mengirimkan keselesaan ke tubuh anda bahwa “hidup anda disaat ini kelihatan baik saja”.
Maka jauhkan diri anda dari depresi, stres dan rasa khuwatir dengan satu kata iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapat satu pahala sedakah.Sudahkan anda tersenyum hari ini?
Ikhlas kan senyuman anda. Senyum tak perlu kata ape-ape.
P/S : Jika org senyum kat kita,balas lah dgn senyuman yg manis semula.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

May 1, 2011

People cannot challenge kecomelan cat ketika tidur

Korang sedar tak lau kucing tidur memg nampak comel kn? tak kira lah kat mane-mane pon dia tidur. Still nampak cute gak. Comel giler tu.

Ooouuuccchhh.. So sweet lah you cat. I like u.
Kita bole ke buat gaya muka mcm ni? susahkan.
Yang ni tak tidur pon,saje je nk letk jugk sebab sgt-sgt comel.
Pppeeerrrggghhh.. putih melepak plak tu. Sgt memukau mata.
Okey,kecomelan gaya kucing dan gaya muka dia sudah dibuktikan.. Hah,kita-kita ni boleh ke nak buat mcm tu? mane boleh challenge.. opkos lah kalah punya.. Tak caya tgk ni..

Ape ke teroknye nak minum cafein pon boleh tertidur jugk. haha
Yang ni pulak gaya standard best student plak tidur dalam kelas time lecturer tengah mengajar. Aku pon pernah je buat,tapi tak selalu wokey.

Gaya basic utk permulaan nk start tidur sebelum letak kepala di atas meja.
Lepas ni.. hah,ambik ko.. terus letak kepala atas meja. Wokey lah tu,sekurang-kurangnya bersikap jujur. haha

Lecturer pon paham-paham lah ye. Kami tak tidur nk siapkn esimen tu.
Kalau buat kerja or esimen ke depan laptop,takpon online ke.. Boleh jadi jugak mcm ni.. Melentok-lentok haaa.. :D

Asyik duduk depan lappy je,lama-lama mata tak boleh tahan jugk.
P/S : Gaya tidur kucing comel sebab die xde keje yg perlu dibuat. Kita-kita pulak bnyk sgt urusan yg perlu    diselesaikn,sebab tu gaya tidur kita tak tentu arah.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^