Apr 30, 2011

Contest : Gambar DesktOp Lappy !

Click kat SINI utk pergi ke contest cik gugu.

Ni dia background desktop lappy cik gugu :
Bukan main lagi. Handsome bangat dong..


Tapi yang aku punya ni je..
Sempoi-sempoi dah ler.. hehe


Susunan folder pon Y tu utk Yoona.. Only for you Yoona.. weeeeee (^_^)

Mangsa tag : chantekkhusna.

P/S : Ramainya masok,agak-agak boleh menang ke tak hah?


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 29, 2011

Lelaki hensem vs Lelaki tak hensem vs Perempuan

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: wow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?





P/S : Rupa hanya di luaran,tapi dalamannya siapa yang tahu.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 28, 2011

Ada jerawat? Cuba buat ni

Jerawat dapat dielakkan dengan mengelakkan perlakuan yang menjadi punca kepada jerawat. Antara langkah-langkah dan tindakan yang dapat diambil adalah: 

1-Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut. 

2-Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka. 

3-Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi). 

4-Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari. 

5-Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut. 

6-Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka. 

7-Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih. 

8-Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati. 

9-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk. 

10-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.



P/S : Biasanya biarkan je jerawat tu,lama-lama hilang sendiri.


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 27, 2011

Dapat gaji nanti nak beli ni jugk !!

Sekarang dah nak dekat hujung bulan dah. Cuma tinggal untuk menghitung hari je nak habiskn bulan April. Tak sabar nak dapat gaji for this month. Dup-dup tinggal brape hari je lagi kn. Yeay,bole lah ak shopping lagi. Eeerrr,selalu ke ak shoping? Jarang kot. Ni lah masanya nak habiskn duet dlm poket.. kui3. Standard lah tu, biler orang dapat gaji,memg org akan borongnya. Belanja separuh,simpan separuh. Tak gitu ke? Kena pandai-pandai bajet jugak ler. Hah,dalam kepala otak aku ni dah aim 1 benda apa yg aku nak beli nanti. Memang aku akan aim baju lah. Dah jumpa dah barang nak beli,cume tunggu masa je. Cuba tgk baju yg aku intip ni,simple je kn?




simple je kan? tapi bagi aku baju ni dah sgt nice lah. Okey lah tu bagi sedap mata memandang. Tapi ada 3 kaler ni,yg mane 1 entah okey ngan aku. Semua nampak cun kot. Susah lah nak buat decision lau camni. Dah pilih nanti baru boleh nak order. Benda ni boleh buat kat online shoping je pon. Kan mudah tu.

P/S : Antara colour grey,black n white yang mane okey ni? 


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 26, 2011

1st contest srie arty ; RINDU ZAMAN SEKOLAH.

Click link to go to the page :  SRIE
Closing Date : 20 Mei 2011


Gambar yang utk join contest ini :





* Photoshoot semasa Hari Graduasi pelajar tingkatan 5 tahun 2008.




Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 25, 2011

Deco bersama Mr. Oppa Kudin Nz

Yes,akhirnya dapat jugak aku upgrade bilikku ini setelah sekian lame biar mcm tu je xde org duduk. Skrg ak tgh cuti agi tak tau nk buat ape sgt,last-last pegi beli cat and then cat bilik aku yg dah berusang terok. Berhabuk tinggal lama-lame. Ak kemas r sikit-sikit,vacuum sana vacuum sini xnk bagi habuk jijak kat lantai agi. Tak sampai 1 hari pon ak cat dinding bilik ni,skejap je dah settle. Ni haaaa,tadaaaaa.. Dah siap pon..

Theme colour purple. warna favourite aku ni. Okey x?
Fulamak,nampak style jugk lepas upgrade colour ni. Ada bakat juga aku rupanya dalam bab-bab cat-mengecat ni. Boleh lah aku ambil upah cat rumah orang nanti. Sape-sape nak cat bilik,call aku ek.. haha(pasan je lebih,padahal xreti pon). Bajet dah mcm pro je. Sebenarnya ni bilik mak aku,aku saja je cat bilik mak aritu nak kasi surprise sket sempena besday mak aritu. Konon-konon nak buat mcm Eric ler.. Surprise.............. haha ^_^

P/S : Umi,kita beli cat gune duet sendiri tu. Tak nak ganti balik ke. Jahat kan aku,mintak balik. haha


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 24, 2011

Akak-akak Benl di Gombak

Kak,ajar saya bahasa orang puteh kak? dah lama x belajar ni. Nerd giler rase.. haha. Akak pun cakap orait ajew. Kalau nak belajar mesti ade upah ye. Skill lama dah tu. Ku kenal akak-akak ni masa time masuk gombak sebab diorang member kepada abang kami,Nabil. Kalau nak pegi makan mesti ajak kami. Sewa kereta kejap,pastu teros gerak. Sewa kereta je,x mampu lagi nak beli BMW. haha.

Nama saya Wada'ah,teman-teman paanggil da'ah je. Awk?
Saya pulak Nas,member-member panggil Ayu je. cmane tu?
Besar gilor air ko Bil. Larat ke tuh nak habiskan?
Ini cik Milin kami. Senyum sampai tersimpul-simpul bahasa.

Sebenarnya,banyak je kita kenal kawan ini dari member kepada member kan. Kalau tak,macamana kita kita boleh ade kawan yang ramai. Berkawan tiada hadnya,cuma ada batas sahaja. Batas ape plak ni? Yang dimaksudkan batas pergaulan lah. Itu pun buat-buat tanye. Jadi,sayangilah teman-teman anda ye.

P/S : Hari last makan untuk sem lepas.



Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 21, 2011

Jom Kenali Blogger

Jom pakat-pakat join segmen oleh Cik Reena Tan
Hello everybody !!

# Nak diceritanya,blog ni mula dibina,direka,ditubuhkan atau dalam bahasa orang putihnya created,established since tahun lepas lagi,2010. I Just berblogging untuk mencari experience dalam dunia blogging ini.

# Sebenarnya akak saya lah yang tolong buatkan blog ini untuk me. Dia memg power dalam blogging ni. Saya        hanya anak murid dia sahaja. Korang mesti kenal kn Cik Bulat? She lah orangnya. Idola ni ^_^. Thanx akak      sebab menjadi tutor saya.

# Special thank to Cik Reena Tan for this segment. Dapat kenal-mengenali blogger.

Mangsa tag elynryena !!


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 18, 2011

Tolong pilihkan boleh??

Besok adalah besday my mum and my little brother. Mungkin celebrate kot kat mane-mane nanti.. Selalunya memang my mum akan belanja makan punye. Ajak pegi pizza lah camni. haha. Rasa-rasa nak bagi hadiah untuk my mum nanti,tapi tak tahu nak bagi ape. Ingat nk beli camera digital je,tapi tak tahu lah my mum gune ke tak.


Pastu idea datang nak beli handbag or kasut plak.. Masalahnya, jenis macam mana yang patut ek??


Yang paling simple perfume. Oke jugak kan kalau bagi perfume ni. Kena skodeng dulu lah mak pakai perfume apa.. hehe  ^_^


Kepada my lil bro,beli t-shirt pon okey jugak kan.


P/S : Any suggestion?? Bagi pendapat korang plizz.. hurry-hurry !!


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 14, 2011

Sikap driver yang kurang lebih

Bengang betol aku semalam,punye lah lama baru dapat nk cross simpang tiga ni. Positionnya kelihatan macam ini hodoh-hodoh lukisan aku.Sori ler,tak berapa pandai bab-bab lukis ni.. fail kot. haha

  
Aku bengang pasal kereta tu lah. Nak masuk simpang ade r jarak 5 cm baru nk bagi signal. Bodoh betol,buat abis bateri je. Baik tak payah bagi. Padahal jalan dah kosong kot,bole sangat aku nak cross time tu. Tapi tu lah,disebabkan kereta tu x bagi signal awal-awal,ak tak jadi dah nk cross sebab ada kereta yang mendatang. Apa salahnya bagi signal tu awal sket. Tak berhemah betol.(macam aku ni berhemah sangat.. haha). Xde lah,nk diciternya macam tu ler. Time tu matahari terpacak atas kepala,ak naik motor je pon. Memang panas lah terpacak je kat situ lama-lama. Bukan sekali dua kejadian ini berlaku,dah banyak jugak rasanye. Aku rasa orang lain pon pernah juga merasainya kot.

Moral of this story : Warning !! Bagi signal terlebih dahulu sebelum kena caci maki.. haha
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 13, 2011

My handsome blog partner

Wari-wari!! oppa di ajak untuk menjadi blog partner milly molly. Dah lame dah sebenarnya milly bagitau tp oppa sibuk je memanjang. Baru-baru ni kan exam,memang x boleh nak adjust lagi lah. Sebelum oppa balik umah,kitorang meet lah kat Mid Valley jalan-jalan then tanya-tanya nak buat x blogger partner ni.

  

Oh,mak aii.. Handsome jugak cik molly ni. hehe.. Tapi kn,nasib baik dia xpkai heel aritu. Lau tak,memang tinggi sayup lah jawabnya.

Nak tau tak sebab apa kitorang buat blog partner ni? First thing of course lah nk rapatkan persaudaraan kn. Tambahan pula perkenalan sesama blogger. The big reason is we want readers come visit both of us.. like my readers come to read my entry,at same time read milly's entry too. That's it.

Thanx for the watching ( ____ ^_^ ____ )

P/S : My sweety readers,visit molly by click the picture at the sidebar. All the best!!
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 9, 2011

Happy Birthday my friend

Selamat Ari di Beranak kan buatmu Cik Nadiah. Kamu dah tua ye, jangan lupe tu. haha. Wish you semoga dimurahkan rezeki dan success selalu. Oppa ade sediakn kek untuk kamu. Mari kita nyanyi lagu Hepi Besday sama-sama.

"Happy Birthday to you,"
"Happy Birthday to you,"
"Happy Birthday to Nad..."
 Yeah.. claps-claps..

Tiup cepat lilin ni Nad, nanti cair habis lilin tu.
x dapat lah nak tiup lagi. sedapnye kek ni. yummy2
sweet 9teen Nad. dah besar rupanya budak ini. haha
papepon, semoga anda dalam keadaan ceria selalu.
P/S : Yeah.. dapat call free kn.. haha 

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Make a Fun

Baru je nak enjoy semalam lepas habis exam. Pergi lah wangsa walk tengok-tengok apa yang boleh dijadikan entertainment. Ingat nak pergi main bowling,tengok-tengok orang dah penuh lak. Terpaksa ler tulis nama kat waiting list tu. Bukannya sikit orang yang waiting,ramai jugak. Kitorang orang yang ke berape entah. Bosan menunggu,pegi r melantak kat KFC depan tu. Lapar plak rasenye. ^_^




P/S : Ayam KFC makin kecik. x puas lansung. gggrrrrrr !!

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Apr 3, 2011

I'm be 300th follower untuk blog Nica

Kata-kata dari Nica : Oppa, sila amek souvenier yang nica bawa balik dari pantai merdeka okey.. wah,sungguh menggoda di situ.. haha..


OMG, i got souvenier from Nica. thanx to u sangat-sangat buat kamu Nica. bukan senang nak dapat ni daripada blogger kn. al-maklumlah oppa menjadi follower yang bertuah untuk blog Nica. untuk follower Nica yang lain jgn jeles plak. sape cepat dia dapat. nak bagitau ni,Nica bawa benda ni dari Pantai Merdeka tu. Mungkin dapat ilham daripada sana kot. (mengelamun sekejap) haha.. mane la tau,tengah-tengah jiwang tu dapat idea ni. perghh.. bertuah oppa menjadi orang pilihan untuk Nica bagi souvenier ni. oppa apreciate sangat-sangat untuk ini tau. (ayat menggedix).. Adakah ini cinta Pantai Merdeka? Oh,semestinya tidak kn.. Nica mungkin dah taken by kot.. haha.. memandai je.. ^_^

P/S : Jangan jeles yew !!
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

CONTEST : Anda dan Kertas ♥

Arini aku nak join contest saya dan kertas dari Copie sempena exam drawing yang berlalu pagi tadi. Alhamdulillah dapat melukis dengan baik walaupun tak semua siap disebabkan kesuntukan masa. Gambar yang ingin dipertaruhkn ini dia aku dan kertas-kertas esimen drawing ku yang berlambak selama ni. Ni baru separuh,kumpul-kumpul semua boleh recycle balik ni.. haha


Member yang kena tag utk contest ni :

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^