Mar 30, 2011

Mood Final Exam

Kawan-kawan blogger, doakn kejayaan untuk oppa dalam exam nanti.. srius takut sangat ni.. x cover semua chapter pon.. buat revision je akhir-akhir ni.. harap-harap usaha ini dapat membantu.. seterusnya tinggal tawakkal dan berdoa je lah selepas berusaha kn.. bole jawab ngan x bole jawab tu kita letak kat belakang dulu.  cuak giler rase sebb baru 1st sem masuk degree.. x tipu pon ni.. kebarangkalian susah agi dari foundation dulu.. semoga keluar soalan yg bole dijawab semua.. InsyaAllah.. Amin..
table exam nanti.. menunggu detik-detik kecemasan..
P/S : Kita sama-sama berusaha semua.. gambate.. Aja-aja fighting !!
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 28, 2011

Makan kat Fullhouse memang terbaek

hey readers, sowie ler lame x meng update blog. skrg mr. oppa tgh sibuk ulang kaji pelajaran lah. Exam final nk dekat dh ni. jd,xde mase lah nk hangout ag. lau x,ade jugk citer2 panas sket. papepon,oppa nk citer gak pasal oppa hangout aritu. biar dh lame pon,saje nk promote restoran ni. entry oppa kali ni nk bgtao pasal restoran Fullhouse. Fullhouse ni area2 dekat klcc,depn sket dari situ. nk bgtao pon susah jugk sebb lupe name jln die. Akak Nuoi lah yg ajk oppa gi sane. Dia teringin sgt nk try mkn kat sana. Oppa pon follow jelah. Die pon bawk member U die jugk,bukn oppa ngan kak nuoi je. jgn fikir bukn2 yew. Ni lah restoran Fullhouse tu. ^_^
Gambaran depan Fullhouse lebih kurang mcm ni lah.
Ni ruang tamu kot selepas masuk pintu Fullhouse ni.
Perghhh.. sedap pulak nmpk potato ni, tambah pulak ngan air limau tu.
Oppa ngan kwn akak Nuoi(Nafi) mkn chicken chop je. bersederhana. haha
Makanan ni nk kene ambik gambar,cantik set makanan ni. kenyang giler.
Fullhouse ni pon ade kereta jugk. name pon house,mesti ade kete.
simbolik je tu. kami lah model nye. hehe
Ni kat tingkat atas Fullhouse. die buat mcm bilik utk letk sume gadget2 yg dijual.
Baju pon ade dijual kat tingkat ats. tp sume made in Korea. Akak Nuoi testing r tuu.
Ini lah Akak Nuoi ngan kwn die tu,Nafi. sronok giler dpt kuar ngan  kamu berdua.
Dah la tua ag dr oppa,segan pulak rase. kene panggil senior lah camni.
tp diorg sempoi jew. xkesah mane pon. hehe
P/S : Try lah pegi sana. Rasai keadaan makan kat situ cmane. Mesti best punyer lah.
Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 27, 2011

Main dengan Cikgu


Time ni aku form 4 lau x silap. Masa tu tahun 2007, tahun honeymoon punyer. Paham2 lah dak2 form 4 bukn nk fokus sgt lagi utk Spm. So nak dipendekkan cerita, dekat sekolah aku ni ada seorang guru perempuan melayu kacukan cina. Dia ajar geografi dengan English. Nama dia Mrs Farina . Kulit dia mak ai, cerah giler nk ckp kat luu. Mcm amoi dah haa.. Anyway, dia ni biasa la.. bukan macam cikgu yang lain.. Quite modern sket kononnya. So, pada suatu hari tu, (Hari Sabtu) aku terpaksa hadir ke sekolah. Standard ler, best student katakan. haha.. nk termuntah aku rase. Aku sampai kira pagi jugak.. dalam pukul 6.30 pagi. Semasa aku berjalan memasuki pintu pagar sekolah aku tu, aku nampak kereta cikgu ni dekat tempat parking. Eh, awal pulak dia ari ni. Cikgu ni pun memang guru penasihat English Club dekat sekolah aku ni. Nak dipendekkan cerita pulak, secara kebetulan, dia pun baru je berjalan beberapa langkah meninggalkan keretanya itu. Tah, tak pasal pasal pulak dia berpaling memandang aku ni. Bukan pandang biasa pulak tu.. Iss.. Saspen aku. Lepas tu dia lambai kat aku pulak. Aku pun terus le pergi dekat dia. Dia bagi signal suruh ikut dia pergi bilik guru. aku heran laa, kenapa dia tak cakap apa apa. Apa dia ingat aku ni bodoh ke tak reti cakap omputih. aku pun ikut je la. Bila sampai kat bilik guru tu, Dia terus bukak.. gua cakap lu... Bukaaaak...

Tapi bukan bukak apa... Dia bukak peralatan chess yang dia bawak. Rupa rupanya dia ajak aku main chess..Itu je lah pengalaman aku main dengan cikgu aku... hahahahahahahhhh


P/S : Bukn berunsur sx pon wokey !


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 19, 2011

10 Maksud Tersembunyi luahan hati PEREMPUAN..!

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu. 

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 17, 2011

^^MY STICKY FRIENDS CONTEST^^

Nak join contest lah. senang jew contest ni. suh citer pasal member yg kita rapat.
bgtao lah cmane bole kenal dan sume2 lagi. Contest ni dari cik S.A.N.G.K.A.R
 Nak join sila rujuk kat blog die yew. Ni ler member2 yg ak rapat sgt ni.. ^_^

Kitorang kenal mase masok uia dulu..pastu last sem mase foundation kitorang duk 1 bilik..best duk satu bilik ngan diorang..sempoi jew..sama2 stadi,same2 mkn,same2 jalan2..yg kiri skali tu bapak kitorg sebb mase pegi antar kwn yg tgh2 tu,doktor panggil die ayah..gelak terguling2 kitorang mendengarnye..haha..yg kanan skali tu memg power..lau nk stadi,kitorg blaja dgn dia lah..pointer lau x 3 lbey x sah die tuh..banyak2 jeles maa..yg baju kelabu tu memberku dari skul lagi..die blaja kat s.alam..xbersame lah..lau kuar jupe je..yg laen power jugk,tp bnyk main2..haha

5 member yg kene di tag :

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 14, 2011

Surat Cinta dulu-dulu

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?


Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^

Mar 3, 2011

Unik betul benda-benda nii

kagum btol tgk mende2 nii.. kreatif btol lah diorg ni pkir.. idea datang dari mane entah lah.. haha

Ni coklat taw.. jgn ingt kasut plak.. hehe

Sedapnya bantal nii.. mcm biskut lah..

kemas tangga ni.. siap ade laci letk kasut ag..

taff laa baju nii.. mantap..

pedang samurai pon bole buat payung..

pkai kasut mcm x pakai lah.. haha

Suka tak ? tekan je like kat bawah ni ^^